Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel
Tapis
  • Selamat Datang Pelajar Baharu Ambilan Jun 2018

    selamat datang

  • Maklumat Lapor Diri Pelajar Senior Dan WBL DLS Semester 4 Politeknik METrO Johor Bahru Sesi Jun 2018

    newPelajar senior yang layak untuk meneruskan pengajian bagi Sesi JUN 2018 boleh mendapatkan maklumat Lapor Diri melalui pautan berikut:

    Maklumat Lapor Diri Pelajar Senior Politeknik METrO Johor Bahru Sesi Jun 2018. Klik sini.

    Maklumat Lapor Diri Pelajar WBL DLS Semester 4 Politeknik METrO Johor Bahru Sesi Jun 2018. Klik sini.

    Sebarang pertanyaan berkenaan Lapor Diri Pelajar, boleh berhubung terus dengan Unit HEP di talian 073358851.

  • Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET) 2018

    Tahniah di atas kejayaan anda dalam menamatkan pengajian. Sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Politeknik METrO Johor Bahru khususnya dan memajukan lagi sistem pendidikan negara amnya, pihak PMJB sangat memerlukan sokongan, pandangan dan maklum balas yang berharga dari anda.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Tawaran Sebutharga Kerja-Kerja Menyelenggara dan Mengecat Dinding Luar Bangunan Politeknik Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Johor Bahru

    newSebutharga Kerja-Kerja Menyelenggara dan Mengecat Dinding Luar Bangunan Politeknik Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Johor Bahru

    Tarikh Lawatan Tapak : 13 Jun 2018 (Rabu), 

    Tarikh Tutup : 24 Jun 2018 (Ahad),

    Muat Turun Sebut Harga :PMJB/SH/03/2018

  • Laporan Mesyuarat JK Penasihat Industri Bagi Program Diploma Logistik & Rangkaian Bekalan (DLS)

    Dalam mengejar visi Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Jawatankuasa Penasihat Industri atau Industry Advisory Committee (IAC) ditubuhkan untuk memberikan halatuju bagi meningkatkan capaian PMJB kepada industri dan untuk merangka pelan strategik bagi akademik dan lain-lain aktiviti kolaborasi dengan industri.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Laporan Mesyuarat JK Penasihat Industri Bagi Program Diploma Kewangan & Perbankan Islam (DIB)

    Dalam mengejar visi Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Jawatankuasa Penasihat Industri atau Industry Advisory Committee (IAC) ditubuhkan untuk memberikan halatuju bagi meningkatkan capaian PMJB kepada industri dan untuk merangka pelan strategik bagi akademik dan lain-lain aktiviti kolaborasi dengan industri.

    Daftar untuk baca lagi...

  • PROGRAM UKHUWWAH RAMADHAN

    PROGRAM UKHUWWAH RAMADHAN
    DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU, JOHOR
    ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KERJASAMA HAL EHWAL PELAJAR
    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    TARIKH PELAKSANAAN: 19 JUN 2017 (ISNIN)

     

    Seramai 20 orang pelajar terlibat sebagai AJK Program Ukhuwwah Ramadhan di Politeknik METrO Johor Bahru, Johor pada 19 Jun 2017.

     Program selama sehari yang bertemakan Eratkan Ukhuwwah ini bertujuan menjalin silaturahim antara warga Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong royong masak dua periuk bubur lambuk dan agihan bubur lambuk kepada warga PMJB dan masyarakat sekitar serta penyerahan sumbangan kepada pelajar PMJB yang kurang berkemampuan yang disumbangkan oleh YB Datuk haji Adam Bin Sumiru ADUN Tanjung Puteri dan Datin Hajah Latipah Binti Md Dom. MAjlis yang sederhana tetapi bermakna ini telah diadakan di Bilik Aktiviti Pelajar PMJB.

    Melalui program sebegini, pelajar-pelajar dapat memberi khidmat tenaga dan  mencurahkan bakti kepada PMJB. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan bekerjasama dalam sesuatu tugasan serta membentuk sahsiah diri. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini amalan bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan adalah digalakkan bagi menambahkan amalan.

    Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan warga Politeknik METrO Johor Bahru dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

    “FI MARDHATILLAH”

    Disediakan oleh,

    Mohd Fazrin Bin Hamdan

    Penasihat MPP

     

    IMG 5486

    Gotong-royong penyediaan Bahan Bubur Lambuk

    IMG 5503

    AJK Program sedang memasak bubur lambuk

    WhatsApp Image 2017 06 21 at 10.31.54 AM

    Bubur lambuk siap untuk diagihkan

    WhatsApp Image 2017 06 19 at 6.45.13 PM

    Bubur lambuk diberikan kepada warga PMJB dan masyakarat sekitar

  • PROGRAM RAMADAN SYAWAL @ PMJB

    PROGRAM RAMADAN SYAWAL @ PMJB

    DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU, JOHOR

    ANJURAN UNIT KEUSAHAWANAN, POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    TARIKH PERLAKSANAAN: 19 JUN 2017 (ISNIN)

      

    Seramai 107 orang pelajar yang terdiri daripada 5 kelas yang mengambil kursus DPB 2012 Keusahawanan iaitu DIB3A, DIB3B, DLS3A, DLS3B dan DEN1 telah menyertai Program Ramadan Syawal @ PMJB yang diadakan di hadapan Suria Café, PMJB pada 19 Jun 2017 yang lalu.

                Program selama sehari yang bertemakan Membudayakan Keusahawanan Sebagai Kerjaya ini bertujuan untuk melatih para pelajar menerapkan sikap berani mencuba terutamanya didalam bidang perniagaan. Melalui program ini, pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian dengan tema bulan Ramadan dan juga Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

    Melalui program sebegini, kita dapat melatih para pelajar untuk mengenalpasti peluang-peluang peniagaan yang wujud di sekitar mereka. Antara produk yang dijual ialah juadah berbuka seperti nasi ayam, kuey tiaw goreng, spaghetti, ayam goreng, jus buah-buahan dan sebagainya. Selain daripada itu, juadah hari raya seperti biskut dan kerepek turut dijual. Pelajar dari Diploma Keusahawanan juga turut berjaya menghabiskan jualan produk mereka meskipun mereka baru sahaja 2 minggu memulakan pengajian di PMJB

    Apa yang lebih menarik, program ini bukan sahaja dihadiri oleh warga PMJB, malah ia turut mendapat kunjungan dari Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Hj. Adam Bin Sumiru dan isteri serta penduduk-penduduk kawasan sekitar.

    Diharapkan agar penganjuran aktiviti seperti ini dapat diperbanyakkan lagi bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif disamping merasai sendiri betapa seronoknya berusaha mendapatkan 9 daripada 10 punca rezeki yang dijanjikan Allah. Semoga para pelajar akan terus berjaya di masa yang akan datang.

      

    “USAHAWAN KERJAYA PILIHAN"

     

    Disediakan oleh,

    Mohd. Ekhsan Bin Othman

    Ketua Unit Keusahawanan

     

     

    WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.49 PM

     5 tapak yang disediakan untuk setiap kelas 

     

    WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.48 PM1 

    YB Datuk Hj Adam dan siteri turut sempat meluangkan masa berkunjung ke gerai jualan

     

     eks

    Gerai jualan turut dihias bagi menarik minat pengunjung

     

    WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.47 PM 

    Terdapat juga pelajar yang menyediakan makanan panas di gerai jualan 

    WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.47 PM1 

    Gerai jualan turut mendapat kunjungan dari penduduk kawasan sekitar

  • PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK 1438H

    PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK 1438H
    DI KAMPUNG KURNIA, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR
    ANJURAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR
    POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU

    TARIKH PELAKSANAAN: 20 JUN 2017 (SELASA)

    Seramai 5 orang pensyarah dan 4 orang pelajar telah mengadakan program sumbangan Ikhlas Sempena Ramadan Al-Mubarak di Kampung Kurnia, Johor Bahru  pada 20 Jun 2017.

    Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Puan Norah binti Hj. Mohd. Zan bersama 4 orang staf PMJB. Turut mengiringi rombongan adalah Dhia Atiqah Binti Mohd Fadzli, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, dan exco MPP PMJB

    Sumber yang diperoleh adalah hasil derma ikhlas daripada seluruh warga Politeknik METrO Johor Bahru dan sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan kuih raya.

    Objektif program adalah untuk mengajak semua warga PMJB bersama-sama berganding bahu serta berkongsi rezeki membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

    Sasaran kali ini adalah tiga orang warga emas yang tinggal bersama anak cucu mereka yang kurang berkemampuan menguruskan diri sendiri. Mereka adalah Mak Cik Fatimah binti Karseron yang berumur 88 tahun, mempunyai anak OKU yang berumur 61 tahun dan tinggal di No. 7 Jalan Anugerah Kg. Kurnia, Johor Bahru. Penerima kedua adalah Mak Cik Zaleha binti Yem, yang baru 4 bulan kematian anak lelakinya dan tinggal bersama menantu perempuan dan empat orang cucunya. Beliau yang berumur 74 tahun itu tinggal di No. 31 Jalan Anugerah Kg. Kurnia. Johor Bahru. Penerima ketiga adalah Mak Cik  Fatimah binti Aman, berumur 85 tahun dan tinggal bersama anak dan empat orang cucunya. Beliau yang tinggal di no. 18, Jalan Lambang Kg. Kurnia mengisi masa lapangnya dengan membersihkan kawasan rumah.   

    Melalui program sebegini, ianya dapat membentuk jiwa dan menggalakkan pelajar-pelajar dalam usaha menghayati dan melipatgandakan ibadat di Bulan Ramadhan dengan memberikan harapan atau bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Selain itu, pelajar-pelajar dapat menunaikan tanggungjawab  mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu memakmurkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan amal jariah

    Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan Politeknik METrO Johor Bahru dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

    “SYUKUR  ALHAMDULILAH”

    Disediakan oleh,

    Faizah binti Sahbudin

     

    Pegawai Pembngunan Pelajar

     

    1

    Mak Cik Fatimah binti Kaseron yang berumur 88 tahun menerima pemberian ikhlas yang disampaikan oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru.

      

    2

    Bergambar bersama Mak Cik Fatimah binti Kaseron dan anak beliau.

     

    3

    Penerima kedua adalah Mak Cik Zaleha binti Yem.

     

     4 

    Mak Cik Fatimah binti Aman berbesar hati menerima kedatangan Warga PMJB

     

    5 

    Mak cik Fartimah binti Aman yang masih kuat ingatan menghabiskan masanya dengan membersihkan kawasan halaman rumah.

  • PROGRAM JELAJAH MUAMALAH UMMAH 2017

    PROGRAM JELAJAH MUAMALAH UMMAH 2017

    POLITEKNIK MALAYSIA ZON SELATAN


    ANJURAN YADIM BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

    TARIKH PELAKSANAAN : 10-15 JUN 2017 (ISNIN)

              Seramai 100 peserta (termasuk 5 orang peserta PMJB) telah menyertai acara ini dengan diiringi rakaman media RTM dan marshal. Objektif program ini adalah penyebaran kefahaman tentang muamalah Islam ini dilihat memberi impak tinggi kepada golongan sasar.

             Jelajah Muamalah Ummah (JMU) berlangsung selama enam hari (10-15 Jun 2017), bermula dari Kompleks Islam Putrajaya menuju ke empat destinasi Politeknik Zon Selatan iaitu Politeknik Mersing Johor (10-11 Jun 2017), Politeknik Ibrahim Sultan (11-12 Jun 2017), Politeknik Merlimau Melaka (12-13 Jun 2017) dan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (13-14 Jun 2017). Pelepasan JMU telah disempurnakan oleh barisan tertinggi penganjur dan penaja. Tempat akhir JMU di Kompleks Islam Putrajaya (15 Jun 2017).

             Program selama enam hari yang bertemakan Muamalah Dijaga Ummah Terpelihara ini bertujuan menjalin silaturrahim antara peserta JMU dan warga Politeknik Zon Selatan serta masyarakat setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong royong masak bubur lambuk, agihan bubur lambuk, quran hour, iftar ramadhan, slot sembang muamalah slot bicara ummah akhir zaman, sumbangan kepada golongan yang layak menerima bantuan, csr bersama masyarakat asli Kg. Pasir Putih, singgah sahur, free market dan slot bicara sakinah kepada orang ramai.

             Melalui program sebegini, peserta-peserta dapat memberi khidmat tenaga dan mencurahkan bakti kepada masyarakat. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan bekerjasama dalam sesuatu urusan serta membentuk sahsiah diri.

             Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan individu-individu yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan antara peserta JMU dan warga Politeknik Zon Selatan dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

             Terima kasih kepada penganjur utama YADIM dan Politeknik Malaysia, serta penaja utama MTA, AIBIM, IBFIM serta semua krew yang bertugas dan media RTM yang berusaha menyajikan rakaman berkualiti tinggi.

    “FI MARDHATILLAH”

     

    Disediakan oleh,


    Mohd Fazrin Bin Hamdan
    Penasihat MP

     

     

    1

    Flag Off Jelajah Muamalah Ummah 2017 dari Kompleks Islam Putrajaya ke Politeknik Mersing Johor pada 10 Jun 2017

     

    3

    Peserta JMU 2017 di Politeknik Mersing Johor (PMJ) pada 10 Jun 2017 

    7Tazkirah oleh PU Amin di Masjid PIS pada 11 Jun 2017 

     

    9

    Program CSR di Kg. Orang Asli Pasir Putih pada 12 Jun 2017

    11Sukarelawan YES (Politeknik) dan Sukarelawan al-Falah (YADIM) bergabung dalam CSR di Kg. Orang Asli Pasir Putih

     

     

  • Tawaran Sebut Harga

    Sebut Harga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang dan Mengujilari Perkakasan, Peralatan dan Perisian ICT Bagi Jabatan Akademik Dan Sokongan Akademik Serta Sistem Keselamatan Perpustakaan Di Politeknik METrO Johor Bahru


    Tarikh Taklimat : 05 Jun 2017 (Isnin) 10.00 pagi

    Tarikh Tutup : 12 Jun 2017 (Isnin)

    Muat Turun Sebut Harga : PMJB/SH/05/2017

  • Perutusan Pengarah bulan Jun 2016

    Warga PMJB yang saya kasihi sekelian.

    Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik dan bersemangat.

    assalmualaikum          22 Mei 2016, hari penting. Konvokesyen Ke-2 PMJB telah melakarkan sejarahnya. Pastinya setiap orang dari kita menyimpan titik-titik kenangan indah, sedih, pahit, manis. Yang pastinya kejayaan penganjuran konvokesyen kali ini terletak kepada kekuatan dan kekukuhan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu.  Penting untuk graduan kerana meraikan kejayaan mereka selepas berpenat lelah meniti lorong akademik. Penting bagi pegawai dan staff kerana itu amanah kita.  Merealisasikan impian pelajar adalah tanggungjawab kita.  Konvokesyen hari bahagia untuk semua. Graduan, ibu bapa, keluarga, institusi. Dalam perjalanan menjadikan kebahagiaan ini suatu kenyataan, amat penting untuk para pegawai warga PMJB memiliki hati yang bersih, jiwa yang mantap, semangat yang jitu. Bukan sahaja perlukan kekuatan fizikal, malah lebih penting kekuatan mental dan kekuatan spiritual.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Makluman Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2016

    new Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah Berjaya ditawarkan ke Politeknik METrO Johor Bahru Sesi Jun 2016. Sila muat turun maklumat pendaftaran disini;  

    SURAT LAPOR DIRI PELAJAR BARU SESI JUN 2016

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2016

  • Makluman Lapor Diri Pelajar Senior dan WBL Sesi Jun 2016

    new Makluman lapor diri pelajar senior dan WBL Sesi Jun 2016. Sila muat turun maklumat disini;  

    MAKLUMAN LAPOR DIRI PELAJAR WBL JUN 2016

    MAKLUMAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR JUN 2016

  • Soal Selidik PsICT Staff Politeknik

    Makluman kepada semua Pegawai dan kakitangan Politeknik METrO Johor Bahru, mohon kerjasama semua pegawai dan kakitangan untuk mengisi soal selidik dengan klik pautan ini;

    Soal Selidik PsICT 

    Segala perhatian dan tindakan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

     

  • Makluman Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2014

    Muat turun makluman pendaftaran pelajar senior sesi Jun 2014.

    1. Makluman Lapor Diri Sesi Jun 2014 klik di sini.

    2. Kaedah bayaran Yuran Klik di sini.

  • Makluman Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2014

    Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah Berjaya ditawarkan ke Politeknik METrO Johor Bahru new

    MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2014

    MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2014

  • Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH)

    Pemohon adalah dipelawauntuk mengisi jawatan berikut di Politeknik METrO Johor Bahru.

    SKIM PERKHIDMATAN  :  PEMBANTU TADBIR GRED N17
    TARAF PERKHIMATAN  : KONTRAK (3 BULAN KE 6 BULAN)
    WAKTU BEKERJA  :
    8.00 PAGI- 5.00 PETANG
    (1.00TGH-2.00 PTG. - REHAT)

    Daftar untuk baca lagi...

  • Panduan Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2013

    Maklumat pendaftaran pelajar senior sesi Jun 2013. Klik di sini

  • Maklumat Pendaftaran Pelajar Baru Politeknik Metro Johor Bahru Sesi Jun 2013

    Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

    2. Tahniah diucapkan kerana telah Berjaya ditawarkan ke Politeknik METrO Johor Bahru. Sehubungan itu saudara/i dikehendaki mendaftar diri sebagaimana maklumat berikut:

    Tarikh : 17 Julai 2013 (Isnin)  
    Masa   : 8.30 pagi – 11.00 pagi
     
    Tempat : Politeknik METrO Johor Bahru
    Jalan Suria 19, Taman Putra
    81100, Johor Bahru.
     
    Pakaian : Perempuan : Sopan, Menutup Aurat & tidak jarang
    (Muslim bertudung oren)

    Lelaki         : Kemeja & bertali leher

     

    Daftar untuk baca lagi...

  • Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2013

    Maklumat pendaftaran pelajar baru sesi Jun 2013. Klik di sini