Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET) 2018

Tahniah di atas kejayaan anda dalam menamatkan pengajian. Sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Politeknik METrO Johor Bahru khususnya dan memajukan lagi sistem pendidikan negara amnya, pihak PMJB sangat memerlukan sokongan, pandangan dan maklum balas yang berharga dari anda.

Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk membantu PMJB dalam merancang program yang lebih baik di masa akan datang. Oleh itu, semua graduan diwajibkan untuk mengisi borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 30 Jun 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Makmal komputer 2 & 3
Politeknik METrO Johor Bahru

PERINGATAN:
1. Semua graduan adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi Kajian Pengesanan Graduan
TVET 2018 dan mencetak Slip Pengesahan Melengkapkan Kajian.
2. Slip pengesahan ini perlu dikemukakan ketika sesi pengambilan jubah konvokesyen
atau transkrip/skrol.
3. Sistem hanya akan dibuka pada ketetapan seperti dinyatakan di atas dan Kaunter
Kajian Pengesanan Graduan akan ditutup pada pukul 1 petang.

***Kegagalan anda untuk mengisi dan mencetak slip pengesahan akan menyebabkan anda dilarang untuk mengambil jubah atau transkrip/skrol.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018, sila hubungi Pn Diana (012-7036988) atau Pn Azyati (07- 3358851).