Unit Jaminan Kualiti bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan sistem pengurusan kualiti, di samping menjadi penyelaras (koordinator) kepada pegawai-pegawai kualiti di jabatan dan unit.
Objektif
Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PMJB yang lebih komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi.