03/18 2013
Fungsi utama unit adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PMJB. Selain daripada itu, ianya juga berperanan untuk menyelaras pelaksanaan sistem kualiti di PMJB.