06/07 2013
- Menjadi perantara antara pelajar dan pihak pengurusan kolej dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan keselesaan kehidupan pelajar politeknik.
- Menyelia kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pelajar dari semasa ke semasa.
- Membuat cadangan, maklumbalas dan rayuan kepada pihak pengurusan mengenai perkara-perkara yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah/tutoran/makmal, dan perpustakaan.
- Membantu pihak pengurusan dalam menguatkuasa dan memelihara sahsiah pelajar dari semasa ke semasa ke semasa.
- Membantu pihak pengurusan meningkatkan dan memupuk semangat perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.
- Merancang, menguruskan dan menjalankan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan kebenaran pihak pengurusan politeknik dari semasa ke semasa.
Slogan JPP
"Kewibawaan Siswa ke Generasi Kegemilangan"