Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Pengenalan

 

 

 

PMJB hanya mempunyai satu jabatan akademik iaitu Jabatan Perdagangan, yang menawarkan dua program iaitu Diploma Kewangan & Perbankan Islam dan Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan. Kedua-dua program ini dilaksanakan selama 5 semester (2 ½ tahun) . Pelajar hanya berada di kampus sepenuh masa selama 3 semester manakala dua semester terakhir, pelajar akan menjalani program Work Based Learning (WBL) dalam tempoh setahun. Program ini menggantikan Latihan Industri sepenuhnya. Di samping kursus-kursus wajib dan teras bidang, pelajar juga dibekalkan dengan ilmu kemahiran generik seperti Softskill, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, Computer dan Bahasa Inggeris. Semua elemen ini diadun bersama bagi menyediakan pelajar bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, malah dengan ilmu pembangunan diri.