Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Perutusan Pengarah bulan Jun 2016

Warga PMJB yang saya kasihi sekelian.

Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik dan bersemangat.

assalmualaikum          22 Mei 2016, hari penting. Konvokesyen Ke-2 PMJB telah melakarkan sejarahnya. Pastinya setiap orang dari kita menyimpan titik-titik kenangan indah, sedih, pahit, manis. Yang pastinya kejayaan penganjuran konvokesyen kali ini terletak kepada kekuatan dan kekukuhan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu.  Penting untuk graduan kerana meraikan kejayaan mereka selepas berpenat lelah meniti lorong akademik. Penting bagi pegawai dan staff kerana itu amanah kita.  Merealisasikan impian pelajar adalah tanggungjawab kita.  Konvokesyen hari bahagia untuk semua. Graduan, ibu bapa, keluarga, institusi. Dalam perjalanan menjadikan kebahagiaan ini suatu kenyataan, amat penting untuk para pegawai warga PMJB memiliki hati yang bersih, jiwa yang mantap, semangat yang jitu. Bukan sahaja perlukan kekuatan fizikal, malah lebih penting kekuatan mental dan kekuatan spiritual.

 

Kejayaan adalah satu kemanisan, milik setiap insan. Namun tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan kepedihan.  

Ignore the people talking behind your back.

That’s where they belong,

just behind you and making you famous.

           Pastinya setiap individu melihat kerjanya dengan pelbagai persepsi. Ada yang melihat kerja dan tanggungjawab yang diberikan sangat kecil dan tidak penting atau tidak sesuai dengan kedudukannya. Lantas tidak bersedia melaksanakannya. Ada orang melihat kerjanya sangat besar dan tidak tertanggung bebanannya. Kecil atau besar bukan soalnya. Sebenarnya apa juga kerja yang diamanahkan kepada kita merupakan suatu kepentingan dan ia sangat besar maknanya di dalam organisasi. Setiap individu menyumbang kepada yang lain. Dan jangan lupa kegagalan melaksanakan kerja yang kecil itu menyebabkan kesan kepada kejayaan orang lain.

         Setiap dari kita memikul satu amanah dan tanggungjawab yang diperlukan oleh orang lain untuk mencipta kesempurnaan. Ibarat satu bangunan, setiap satu butiran pasir akan menjadi bongkah dan konkrit dengan campuran simen dan air. Walaupun butiran pasir itu kecil – (hanya 5 – 50 mm), isipadu konkrit terdiri daripada 60-80% batu baur (pasir). Jangan dilihat air tidak signifikan, kerana ketahuilah air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat. Sama juga dengan kehidupan kita ketika bekerja. Setiap dari kita ada peranannya masing-masing. We can’t spell SUCCESS without U.

            12 Jun 2016 satu lagi rekod penting PMJB. Pendaftaran pelajar baru yang dilihat sebagai rutin dan hampir semua pegawai telah melaluinya berkali-kali. Pengalaman mengajar kita untuk melaksanakan kerja dengan cekap.  Namun perlu diingat, bahawa pengalaman lepas tidak pernah akan sama dengan kemungkinan-kemungkinan yang dihadapi pada masa akan datang. Situasinya lain. Kita berhadapan dengan ibu bapa yang lain, anak-anak yang lain. Tambahan untuk kali pertama pendaftaran berlaku dalam bulan Ramadhan. Kesabaran menjadi sangat penting. Pengharapan yang sama dari orang yang berbeza tidak dapat menjanjikan kelancaran penyelesaian masalah.  Maka pengalaman hanya berfungsi sebaiknya sekiranya dapat digunakan mengikut kesesuaian ke atas pelbagai situasi. Pengalaman akan membezakan kita untuk membuat keputusan dan cara menangani masalah. Tetapi kesabaran akan menentukan kemuncak keseimbangan diri kita untuk mengawal emosi dan memilih keputusan yang baik.

Bekerjalah dengan seikhlas mungkin.

Ganjarannya pasti.

Mungkin bukan untuk anda.

Mungkin bukan hari ini. Janji Allah pasti.

Sekian, saya sayang anda semua.

Terima kasih.

NORAH BINTI HJ. MOHD.ZAN

PENGARAH PMJB.

08.06.2016