Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PROGRAM UKHUWWAH RAMADHAN

PROGRAM UKHUWWAH RAMADHAN
DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU, JOHOR
ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KERJASAMA HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

TARIKH PELAKSANAAN: 19 JUN 2017 (ISNIN)

 

Seramai 20 orang pelajar terlibat sebagai AJK Program Ukhuwwah Ramadhan di Politeknik METrO Johor Bahru, Johor pada 19 Jun 2017.

 Program selama sehari yang bertemakan Eratkan Ukhuwwah ini bertujuan menjalin silaturahim antara warga Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong royong masak dua periuk bubur lambuk dan agihan bubur lambuk kepada warga PMJB dan masyarakat sekitar serta penyerahan sumbangan kepada pelajar PMJB yang kurang berkemampuan yang disumbangkan oleh YB Datuk haji Adam Bin Sumiru ADUN Tanjung Puteri dan Datin Hajah Latipah Binti Md Dom. MAjlis yang sederhana tetapi bermakna ini telah diadakan di Bilik Aktiviti Pelajar PMJB.

Melalui program sebegini, pelajar-pelajar dapat memberi khidmat tenaga dan  mencurahkan bakti kepada PMJB. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan bekerjasama dalam sesuatu tugasan serta membentuk sahsiah diri. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini amalan bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan adalah digalakkan bagi menambahkan amalan.

Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan warga Politeknik METrO Johor Bahru dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

“FI MARDHATILLAH”

Disediakan oleh,

Mohd Fazrin Bin Hamdan

Penasihat MPP

 

IMG 5486

Gotong-royong penyediaan Bahan Bubur Lambuk

IMG 5503

AJK Program sedang memasak bubur lambuk

WhatsApp Image 2017 06 21 at 10.31.54 AM

Bubur lambuk siap untuk diagihkan

WhatsApp Image 2017 06 19 at 6.45.13 PM

Bubur lambuk diberikan kepada warga PMJB dan masyakarat sekitar