Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Laporan Mesyuarat JK Penasihat Industri Bagi Program Diploma Logistik & Rangkaian Bekalan (DLS)

Dalam mengejar visi Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Jawatankuasa Penasihat Industri atau Industry Advisory Committee (IAC) ditubuhkan untuk memberikan halatuju bagi meningkatkan capaian PMJB kepada industri dan untuk merangka pelan strategik bagi akademik dan lain-lain aktiviti kolaborasi dengan industri. Pada 2 Mei 2018 telah berlangsung Mesyuarat JK Penasihat Industri bagi Program DLS di Bilik Mesyuarat 1 PMJB.

Kehadiran mesyuarat amat menggalakkan dengan 8 orang industri hadir terdiri daripada Epson Johor Sdn Bhd, Pos Logistic Berhad, KTM Distribution Berhad, Handee Express (M) Sdn Bhd dan Infinia Services Sdn Bhd. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Ismail Bin Ibrahim dari Pos Logistic Berhad.

Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi dan berjaya ditamatkan tepat jam 11.00 pagi. ini membincangkan tentang isu-isu kurikulum dan aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama demi memperkasakan bidang DLS dan pelajar DLS khususnya di PMJB. Mesyuarat juga sebulat suara untuk mengadakan program CSR bersama antara PMJB dengan industri DLS.

Berikut merupakan senarai kehadiran mesyuarat.

Bil Nama Institusi/Industri
1 En Ismail Bin Ibrahim  Pos Logistics Sdn Bhd
2 En Mahdhir bin Mustafa Pos Logistics Sdn Bhd
3 En Amin Loh Way Mang Epson Precision Johor Sdn Bhd
4 Pn Hanita Binti Basrin Handee Express (M) Sdn Bhd
5 Tn Hj Ismail Bin Ibrahim KTM Distribution Sdn Bhd
6 En Azman Shah KTM Distribution Sdn Bhd
7 Pn Azreen Binti Mohamed Yusup KTM Distribution Sdn Bhd
8 Tn Hj Azirin Bin Abdul Aziz Pengarah
9 Dr Norazlina Binti Ahmad Timbalan Pengarah
10 Pn Nurlinda Binti Abdullah Ketua Jabatan Akademik
11 En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim Ketua Jabatan Sokongan Akademik
12 Pn Hjh Hazlin Binti Jamari Ketua Program DLS
13 Pn Azyati Binti Mohd Agos KU Cisec
14 Pn Nor Hasradiana Binti Aman Pegawai Kolaborasi & PPLI

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Aluan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru
2. Penyerahan Mesyuarat kepada Pengerusi JK Penasihat Industri
3. Pengesahan minit mesyuarat JK Penasihat Industri 2017
4. Pembentangan Ketua Program dan isu-isu berkaitan kurikulum program
5. Hal-hal Lain
6. Mesyuarat Ditangguhkan

Gambar sepanjang Mesyuarat JK Penasihat Industri berlangsung

IAC 19

Barisan JK Penasihat Industri Program DLS bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah

IAC 7

Mesyuarat IAC BAGI Program DIB dengan kehadiran mesyuarat seramai 14 orang.

IAC 8

Tn Hj Tn Hj Azirin, Pengarah PMJB, En Ismail Ibrahim dan En Mahadhir dari Pos Logistics serta En Amin LOh dari Epson Precision Johor

IAC 5

Pn Hanita dari Handee Express (M) Sdn Bhd menceritakan pengalaman manis beliau mengendalikan pelajar WBL PMJB.

IAC 19

Gambar kenangan ahli mesyuarat JK Penasihat Industri 2018

Disediakan oleh,

AZYATI BINTI MOHD AGOS

Ketua Unit CISEC