Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PROGRAM JELAJAH MUAMALAH UMMAH 2017

PROGRAM JELAJAH MUAMALAH UMMAH 2017

POLITEKNIK MALAYSIA ZON SELATAN


ANJURAN YADIM BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

TARIKH PELAKSANAAN : 10-15 JUN 2017 (ISNIN)

          Seramai 100 peserta (termasuk 5 orang peserta PMJB) telah menyertai acara ini dengan diiringi rakaman media RTM dan marshal. Objektif program ini adalah penyebaran kefahaman tentang muamalah Islam ini dilihat memberi impak tinggi kepada golongan sasar.

         Jelajah Muamalah Ummah (JMU) berlangsung selama enam hari (10-15 Jun 2017), bermula dari Kompleks Islam Putrajaya menuju ke empat destinasi Politeknik Zon Selatan iaitu Politeknik Mersing Johor (10-11 Jun 2017), Politeknik Ibrahim Sultan (11-12 Jun 2017), Politeknik Merlimau Melaka (12-13 Jun 2017) dan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (13-14 Jun 2017). Pelepasan JMU telah disempurnakan oleh barisan tertinggi penganjur dan penaja. Tempat akhir JMU di Kompleks Islam Putrajaya (15 Jun 2017).

         Program selama enam hari yang bertemakan Muamalah Dijaga Ummah Terpelihara ini bertujuan menjalin silaturrahim antara peserta JMU dan warga Politeknik Zon Selatan serta masyarakat setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong royong masak bubur lambuk, agihan bubur lambuk, quran hour, iftar ramadhan, slot sembang muamalah slot bicara ummah akhir zaman, sumbangan kepada golongan yang layak menerima bantuan, csr bersama masyarakat asli Kg. Pasir Putih, singgah sahur, free market dan slot bicara sakinah kepada orang ramai.

         Melalui program sebegini, peserta-peserta dapat memberi khidmat tenaga dan mencurahkan bakti kepada masyarakat. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan bekerjasama dalam sesuatu urusan serta membentuk sahsiah diri.

         Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan individu-individu yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan antara peserta JMU dan warga Politeknik Zon Selatan dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

         Terima kasih kepada penganjur utama YADIM dan Politeknik Malaysia, serta penaja utama MTA, AIBIM, IBFIM serta semua krew yang bertugas dan media RTM yang berusaha menyajikan rakaman berkualiti tinggi.

“FI MARDHATILLAH”

 

Disediakan oleh,


Mohd Fazrin Bin Hamdan
Penasihat MP

 

 

1

Flag Off Jelajah Muamalah Ummah 2017 dari Kompleks Islam Putrajaya ke Politeknik Mersing Johor pada 10 Jun 2017

 

3

Peserta JMU 2017 di Politeknik Mersing Johor (PMJ) pada 10 Jun 2017 

7Tazkirah oleh PU Amin di Masjid PIS pada 11 Jun 2017 

 

9

Program CSR di Kg. Orang Asli Pasir Putih pada 12 Jun 2017

11Sukarelawan YES (Politeknik) dan Sukarelawan al-Falah (YADIM) bergabung dalam CSR di Kg. Orang Asli Pasir Putih