Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PROGRAM RAMADAN SYAWAL @ PMJB

PROGRAM RAMADAN SYAWAL @ PMJB

DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU, JOHOR

ANJURAN UNIT KEUSAHAWANAN, POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

TARIKH PERLAKSANAAN: 19 JUN 2017 (ISNIN)

  

Seramai 107 orang pelajar yang terdiri daripada 5 kelas yang mengambil kursus DPB 2012 Keusahawanan iaitu DIB3A, DIB3B, DLS3A, DLS3B dan DEN1 telah menyertai Program Ramadan Syawal @ PMJB yang diadakan di hadapan Suria Café, PMJB pada 19 Jun 2017 yang lalu.

            Program selama sehari yang bertemakan Membudayakan Keusahawanan Sebagai Kerjaya ini bertujuan untuk melatih para pelajar menerapkan sikap berani mencuba terutamanya didalam bidang perniagaan. Melalui program ini, pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian dengan tema bulan Ramadan dan juga Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

Melalui program sebegini, kita dapat melatih para pelajar untuk mengenalpasti peluang-peluang peniagaan yang wujud di sekitar mereka. Antara produk yang dijual ialah juadah berbuka seperti nasi ayam, kuey tiaw goreng, spaghetti, ayam goreng, jus buah-buahan dan sebagainya. Selain daripada itu, juadah hari raya seperti biskut dan kerepek turut dijual. Pelajar dari Diploma Keusahawanan juga turut berjaya menghabiskan jualan produk mereka meskipun mereka baru sahaja 2 minggu memulakan pengajian di PMJB

Apa yang lebih menarik, program ini bukan sahaja dihadiri oleh warga PMJB, malah ia turut mendapat kunjungan dari Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Hj. Adam Bin Sumiru dan isteri serta penduduk-penduduk kawasan sekitar.

Diharapkan agar penganjuran aktiviti seperti ini dapat diperbanyakkan lagi bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif disamping merasai sendiri betapa seronoknya berusaha mendapatkan 9 daripada 10 punca rezeki yang dijanjikan Allah. Semoga para pelajar akan terus berjaya di masa yang akan datang.

  

“USAHAWAN KERJAYA PILIHAN"

 

Disediakan oleh,

Mohd. Ekhsan Bin Othman

Ketua Unit Keusahawanan

 

 

WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.49 PM

 5 tapak yang disediakan untuk setiap kelas 

 

WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.48 PM1 

YB Datuk Hj Adam dan siteri turut sempat meluangkan masa berkunjung ke gerai jualan

 

 eks

Gerai jualan turut dihias bagi menarik minat pengunjung

 

WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.47 PM 

Terdapat juga pelajar yang menyediakan makanan panas di gerai jualan 

WhatsApp Image 2017 06 19 at 4.42.47 PM1 

Gerai jualan turut mendapat kunjungan dari penduduk kawasan sekitar