Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK 1438H

PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK 1438H
DI KAMPUNG KURNIA, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR
ANJURAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR
POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU

TARIKH PELAKSANAAN: 20 JUN 2017 (SELASA)

Seramai 5 orang pensyarah dan 4 orang pelajar telah mengadakan program sumbangan Ikhlas Sempena Ramadan Al-Mubarak di Kampung Kurnia, Johor Bahru  pada 20 Jun 2017.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Puan Norah binti Hj. Mohd. Zan bersama 4 orang staf PMJB. Turut mengiringi rombongan adalah Dhia Atiqah Binti Mohd Fadzli, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, dan exco MPP PMJB

Sumber yang diperoleh adalah hasil derma ikhlas daripada seluruh warga Politeknik METrO Johor Bahru dan sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan kuih raya.

Objektif program adalah untuk mengajak semua warga PMJB bersama-sama berganding bahu serta berkongsi rezeki membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Sasaran kali ini adalah tiga orang warga emas yang tinggal bersama anak cucu mereka yang kurang berkemampuan menguruskan diri sendiri. Mereka adalah Mak Cik Fatimah binti Karseron yang berumur 88 tahun, mempunyai anak OKU yang berumur 61 tahun dan tinggal di No. 7 Jalan Anugerah Kg. Kurnia, Johor Bahru. Penerima kedua adalah Mak Cik Zaleha binti Yem, yang baru 4 bulan kematian anak lelakinya dan tinggal bersama menantu perempuan dan empat orang cucunya. Beliau yang berumur 74 tahun itu tinggal di No. 31 Jalan Anugerah Kg. Kurnia. Johor Bahru. Penerima ketiga adalah Mak Cik  Fatimah binti Aman, berumur 85 tahun dan tinggal bersama anak dan empat orang cucunya. Beliau yang tinggal di no. 18, Jalan Lambang Kg. Kurnia mengisi masa lapangnya dengan membersihkan kawasan rumah.   

Melalui program sebegini, ianya dapat membentuk jiwa dan menggalakkan pelajar-pelajar dalam usaha menghayati dan melipatgandakan ibadat di Bulan Ramadhan dengan memberikan harapan atau bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Selain itu, pelajar-pelajar dapat menunaikan tanggungjawab  mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu memakmurkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan amal jariah

Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan Politeknik METrO Johor Bahru dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

“SYUKUR  ALHAMDULILAH”

Disediakan oleh,

Faizah binti Sahbudin

 

Pegawai Pembngunan Pelajar

 

1

Mak Cik Fatimah binti Kaseron yang berumur 88 tahun menerima pemberian ikhlas yang disampaikan oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru.

  

2

Bergambar bersama Mak Cik Fatimah binti Kaseron dan anak beliau.

 

3

Penerima kedua adalah Mak Cik Zaleha binti Yem.

 

 4 

Mak Cik Fatimah binti Aman berbesar hati menerima kedatangan Warga PMJB

 

5 

Mak cik Fartimah binti Aman yang masih kuat ingatan menghabiskan masanya dengan membersihkan kawasan halaman rumah.