Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "Positive Attitude In Career Enhancement For Future Logistics Employee"

Adakah bakat, kebolehan atau ada sebab-sebab lain yang menjadi faktor perkembangan kerjaya seseorang? Sebenarnya tidak, ini kerana sikap individu itu sendiri lebih memainkan peranan besar dan pengaruh kuat ke atas seseorang. Sehubungan itu, Jabatan Akademik melalui program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan telah mengadakan kursus bertajuk “Positive Attitude in Career Enhancement For Future Logstics Employee”.

Kursus ini antara lain mengupas isu-isu tersebut yang menjadi cabaran masa kini. Sikap positif akan membantu membina kerjaya pelajar. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Suzzana Binti Abdul Rashid, Managing Director, Midvill Agency Sdn Bhd, salah sebuah syarikat Forwarding dalam bidang pengurusan logistik dan rangkaian bekalan. Antara tips yang diperolehi oleh pelajar adalah kepentingan sikap untuk menepati masa, sikap bertanggungjawab dan fokus serta lakukan yang terbaik bagi setiap pekerjaan. Sasaran peserta adalah pelajar semester satu (1B) Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan seramai 30 orang.

 

2018 07 29 11.00.22

Perkongsian industri bersama pensyarah pelawat industri (PPI), Pn Suzzana Binti Abdul Rashid

2018 07 29 11.00.27

Pelajar mengikuti aktiviti yang dikendalikan oleh Pn Suzzana Bin Abdul Rashid

2018 07 29 11.00.30

Pelajar DLS 1B menyertai kursus ini.

 

Disediakan oleh,

Pn Hazlin Binti Jamari