Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "Current Trends In Apply Decision-Making Support Systems In Logistics And Supply Chain Activities"

Industri Logistik dan Pengangkutan telah menyaksikan beberapa perubahan dan trend yang menarik. Permintaan semakin meningkat, corak penggunaan baru, era perdagangan digital dan cabaran perjanjian perdagangan global terkini. Kesemua ini telah memberi kesan kepada pergudangan dan pengangkutan. Selain itu, fasiliti ini turut berkembang selari dengan e-Commerce yang memerlukan penghantaran cepat kepada pengguna.

Oleh itu kursus bertajuk “Current Trends In Apply Decision-Making Support Systems in Logistics And Supply Chain Activities” telah dilaksanakan bagi meluaskan pengetahuan dan minda pelajar. Antara ilmu yang diperolehi oleh pelajar adalah dengan mengetahui pasaran yang memberi tumpuan kepada menyediakan pelbagai pilihan penghantaran dan pickup, ia menjadi penting bagi Penyedia Perkhidmatan Logistik untuk memastikan penggunaan maksimum aset mereka dengan mengawal pembaziran. Sasaran peserta adalah pelajar semester tiga (3B) Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan(DLS) seramai 28 orang.

Kursus ini telah disampaikan oleh EN MOHAMAD MUZAMMIL MUSTAQIM BIN OMAR , pegawai salah sebuah syarikat Forwarding dalam bidang pengurusan logistik dan rangkaian bekalan iaitu FM Global Logistics(M) Sdn Bhd. Beliau merupakan salah seorang alumni DLS PMJB.

2018 07 29 14.44.13

Perkongsian industri bersama pensyarah pelawat industri (PPI)

2018 07 29 14.43.58

Sesi dua hala perbincangan dikendalikan oleh penceramah industri

2018 07 29 14.44.13 1

Wakil kelas pelajar DLS 3B menyampaikan cenderahati kepada penceramah

2018 07 29 14.44.07

Semua pelajar DLS 3B menyertai kursus ini

Disediakan oleh,
Pn Hazlin Binti Jamari