Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Watikah Perlantikan MPP Baru

Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru 2016 Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah dilaksanakan pada 18 Ogos 2016. Objektif pelantikan MPP adalah bagi memenuhi kehendak dalam Akta 174 Bahagian III Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Proses pemilihan MPP baru melibatkan proses pengundian peringkat dalaman dan melalui kaedah temuduga terhadap pelajar yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikenalpasti. Seramai 18 orang MPP diketuai oleh Mohamed Salleh Bin Naim akan menggalas tanggungjawab mereka sepanjang sesi Jun 2016 bagi memastikan tahap kebajikan pelajar PMJB pada tahap yang cemerlang serta mematuhi keperluah Syariah.


Pihak pengurusan PMJB telah bersetuju dengan pelantikan MPP yang baru dalam menggalas tugas dan menjaga kebajikan pelajar PMJB. Semua MPP akan meneruskan perancangan aktiviti tahunan MPP sepertimana yang telah digariskan di dalam Seksyen 7, Akta 174 iaitu memberi manfaat kepada institusi tersebut. Kekuatan organisasi dapat dilihat juga dari segi komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh MPP dan pelajar-pelajar PMJB dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, proses Majlis Watikah Pelantikan MPP Baru 2016 berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan dan warga PMJB.

SENARAI NAMA JAWATANKUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU.

NO NAMA
1. Mohamed Salleh Bin Naim
2. Muhammad Afif Iqbal Bin Hairunishak
3. Nurul Khalilah Binti Mohd Nor
4 Nur Nadhirah Binti Abdul Halim
5. Nor Marlia Syafiqa Binti Abu No’man
6. Mohamad Ali Imran Bin Mohd Ekbal
7. Mohd Shamil Hazim Bin Sadzali      
8. Siti Nabila Binti Mohd Amin
9. Maisarah Binti Yatim 
10 Mohammad Izuddin Bin Mohd Rosli
11. Navin Kumar A/L Segaran
12. Sahifi A/L Asokan
13. Wan Farhan Syamil Bin Sadzali
14. Fatin Ainaaliyana Binti Ahmad Nizam
15. Dhia Atiqah Binti Mohd Fadzli
16. Muhammad Arif Bin Milan
17. Nor Fara Hana Binti Ab Aziz
18. Muhammad Zuhaili Bin Zamri

MPP.10

Sesi Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru 2016

MPP 2016

Sesi bergambar Pengarah dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru 2016

MPP 2016.2

Sesi bergambar melibatkan MPP baru 2016   

Disediakan oleh : MOHD FAZRIN BIN HAMDAN