Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Pogram Simposium Pembangunan Usahawan Tani (SiPUT) di Politeknik Nilai Negeri Sembilan

Pada 6 September 2013 hingga 10 September 2013, telah berlangsung Program Simposium Pembangunan Usahawan Tani Berasaskan Teknologi Pertanian dan Industri Asas Tani (SiPUT) di Politeknik Nilai Negeri Sembilan khusus bagi pelajar politeknik zon tengah dan zon selatan. Program ini melibatkan pembabitan 12 buah politeknik secara keseluruhannya. Program yang berlangsung selama 5 hari ini merupakan program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan kepada siswazah Politeknik Malaysia yang berminat dalam keusahawanan agro. Program ini berkonsepkan pendedahan ilmu serta latihan berdasarkan kerja amali dalam dunia keusahawanan berdasarkan perlaksanaan Business Model Canvas (BMC). Seramai 12 orang pelajar dari Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), 5 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan telah menglibatkan diri secara aktif dengan bimbingan Pengawai Pengiring, Ketua Jabatan PMJB Puan Hajjah Fatimah binti Hussein bagi menjayakan perjalanan pogram ini.

Majlis penutup telah Program SIPUT 2013, Kumpulan (Junior Entrepeneur) dari Politeknik METrO Johor Bahru telah menjuarai keseluruhan cabaran program SiPUT 2013. Kumpulan (Junior Entrepeneur) diketuai oleh Muhamad Zukki bin Johari dengan projek perlaksanaan BMC berkenaan perniagaan produk dan perkhidmatan kedai cupcake serta penghasilan produk 'cupcake herba' berasaskan inovasi produk dari sumber hasil pertanian.

siput9

Peserta dari Politeknik METrO Johor Bahru bersama Pegawai Pengiring, Puan Hajah Fatimah binti Hussein

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang Program Simposium Pembangunan Usahawan Tani (SiPUT);

siput1

Taman Projek Agropreneur dan Tanaman Hidroponik Politeknik Nilai

siput7

Sesi perbincangan kumpulan

siput6

Sebahagian peserta Politeknik METrO Johor Bahru yang menyertai Program SiPUT 2013.

siput4

Kumpulan (Junior Entrepeneur) dari Politeknik METrO Johor Bahru telah menjuarai keseluruhan cabaran program SIPUT 2013.