Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Ihya Ramadhan

Sempena Bulan ramadhan yang akan disambut oleh seluruh umat Islam, Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam Politeknik METrO Johor Bahru telah mengajurkan 'Program Ihya Ramadhan' untuk seluruh warga Politeknik METrO Johor Bahru. Pelbagai aktiviti agama telah dijalankan antaranya adalah solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie. 'Program Ihya Ramadhan' ini dijalankan bertujuan bagi membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan disamping menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran. Selaras dengan saranan Rasullulah SAW, Program Ihya Ramadhan ini dapat menyuburkan budaya membaca al-quran serta memotivasikan siswa dan siswi PMJB dengan sumber motivasi yang agung daripada Al-Quran dan As-sunnah disamping dapat menjana akhlak Islamiah dalam diri siswa dan siswi serta warga PMJB.

IMG 5335

IMG 5365

 

IMG 5366

IMG 5373