Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "Supply Chain Performance Measurement Perform-Balanced Scorecard"

Kursus “Supply Chain Performance Measurement Perform-Balanced Scorecard” telah diadakan bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai bagaimana prestasi rangkaian bekalan diukur dari pandangan industri. Ia merupakan sub topik dalam kursus DPL5013 Fundamentals of Supply Chain Management. Ia juga menyediakan pelajar pengalaman di luar kelas untuk memahami budaya kerja industri. Di PMJB, kami mahukan pelajar kami bekerjasama dengan industri atau masyarakat setempat untuk membuat perbezaan dalam setiap kehidupan dan ilmu pengetahuan mereka.


Pelajar semester tiga (3B) seramai 28 orang dari Program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan (DLS) telah mengambil peluang dengan mengambil bahagian dalam program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) di Politeknik METrO Johor Bahru yang diadakan pada 30 September 2018 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Aktiviti ini merupakan program PPI terakhir DLS dalam pelan tindakan PMJB sebelum labuhnya tirai tahun 2018. Sebanyak 19 aktiviti PPI di bawah program DLS telah dilaksanakan. Dengan menyertai kursus “Supply Chain Performance Measurement Perform-Balanced Scorecard”, para pelajar mempunyai peluang untuk meningkatkan pembelajaran dan kemahiran. Maklumbalas yang diterima sangat positif di kalangan pelajar mengenai perkongsian ilmu ini.

Kursus ini telah disampaikan oleh EN SAHARUDIN BIN MAARUF , FACTORY MANAGER, YOKOGAWA ANALYTICAL SOLUTIONS SDN BHD, yang beroperasi di Kawasan iPark Indahpura, Kulaijaya, Johor.

2018 09 30 14.33.55

En Saharudin Bin Maaruf bersama sebahagian peserta

2018 09 30 14.55.11

Banyak maklumat dan ilmu yang dikongsikan penceramah industri

2018 09 30 14.40.21

Semua pelajar DLS 3B menyertai kursus ini

2018 09 30 14.39.52

Maklumbalas yang diterima sangat positif di kalangan pelajar mengenai perkongsian ilmu ini

2018 09 30 14.40.03

Penerangan yang jelas dengan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar

Disediakan oleh,
Pn Hazlin Binti Jamari