Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/ 2018

Perhimpunan Bulanan Politeknik METrO Johor Bahru Bil 2/ 2018 telah dilaksanakan pada hari ini, 8 Febuari 2018 di Bilik TeCC, PMJB. Pengarah PMJB, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz yang julung kali mempengerusikan majlis tersebut telah berkongsi informasi Amanat 2018 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ismail Bin Abd Aziz di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan pada 12 Januari 2018 yang lepas.

Dalam perkongsian tersebut, Tuan Haji Azirin telah menekankan tentang RMK-11: Mengoptimum Kapasiti, Meningkatkan Kualiti dan Hala Tuju: Transformasi Politeknik Fasa Tiga (2016 – 2020). Beliau juga menekankan aspek “Redesigning TVET” dan pentingnya peranan politeknik dan pensyarah agar selari dengan Revolusi Industri 4.0 dan Learning & Teaching 4.0. Selain itu, beliau telah menyampaikan hasrat untuk membangunkan DLS centre yang berkonsepkan Green Logistics dan mencapai 100% Graduate Employability (GE) untuk program PMJB (DIB dan DLS) serta menjadikan bilik TeCC PMJB sebagai “benchmark” untuk “Smart Classroom” oleh semua agensi atau institusi.


Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh untuk bulan Januari 2018 kepada Pn. Diana Lee Phooi Yan dan En. Mohd. Faizal Bin Ngadimin. Majlis disusuli dengan penyampaian Anugerah Platform Blended kepada pensyarah yang telah berjaya melaksanakan pembelajaran teradun dengan hits melebihi 1000. Penerima anugerahnya ialah Pn. Malisa Bt Othman, Pn. Junaidah Bt Mohd Daud, Pn. Julia Bt Jantan, Pn. Azyati Bt Md Agos, Pn. Asikin Bt Aziz, Cik Siti Khadijah Bt Sebli Joney, Pn. Nurlinda Bt Abdullah, Pn. Wido Mes Wati Bt Sukadi, Pn. Noraindah Bt Abdullah Fahim, Pn. Elyn Bt Mohd Ridzwan, Pn. Faizah Bt Sahbudin, Pn. Hazlin Bt Jamari, Pn. Siti Fatimatuz Zahra Bt Hussin, Pn. Hajah Noor Afizah Bt Atan, Pn. Maria Mohd Bt Yatim, Cik Hasnida Bt Ibrahim dan En. Muhammad Nazri Bin Abdul Halim.


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penyumbang bahan bacaan untuk perpustakaan PMJB dan penerimanya ialah Pn. Elyn Bt Mohd Ridzwan, Pn. Malisa Bt Othman, Pn. Nurzarimah Bt Jamil, Pn. Hajah Noor Afizah Bt Atan, Pn. Nur Afizah Bt Awang, Pn. Norhasradiana Bt Aman, Pn. Zilhaya Bt Mokdeh, Pn. Nursyazwani Bt Sadzali, Pn. Norhafiza Bt Ahmad dan Pn. Julia Bt Jantan.


Majlis diakhiri dengan ucapan selamat hari jadi kepada yang warga PMJB yang menyambut kelahiran pada bulan Febuari.

1

2

Majlis Perhimpunan Bulanan PMJB Bil 1/ 2018 telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Faizal Bin Ngadimin.

3 4

Pengarah PMJB, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz menyampaikan ucapan dan amanat.

5 6

Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi Bulan Januari 2018 oleh Pengarah PMJB, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz bersama Timbalan Pengarah kepada Pn. Diana Lee Phooi Yan dan En. Mohd. Faizal Bin Ngadimin

7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

Penyampaian Anugerah Platform Blended 2018 oleh Pengarah PMJB, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz bersama Timbalan Pengarah kepada pensyarah yang mencapai hits 1000.