Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus Massive Open Online Course (MOOC) 2018

Kursus Massive Open Online Course (MOOC) 2018 bertujuan mempersiapkan para pensyarah PMJB dengan pengetahuan membangunkan platform MOOC sebagai alat bantuan mengajar bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ini adalah selaras dengan keperluan semasa yang menggalakan pelaksanaan melalui pembelajaran teradun.

Kursus ini telah dikendalikan oleh pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), iaitu Puan Catherine Nguoi Chui Lam. Beliau berpengalaman dalam pembangunan platform MOOC bagi subjek Bahasa Inggeris iaitu English For TVET, yang sedang digunapakai oleh semua Politeknik untuk kursus Communicative English. Selain itu, Puan Catherine juga adalah pemenang MOOC Leader Competition pada tahun 2017.

Antara kandungan kursus yang dikongsikan ialah maklumat asas penggunaan platform MOOC, cara-cara membina platform MOOC yang baik dan berkesan, pelaksanaan penilaian menggunakan aktiviti-aktiviti di dalam platform MOOC dan teknik-teknik mengaplikasikan PdP menggunakan platform MOOC. Di akhir kursus ini para peserta dapat membina platform MOOC bagi kursus yang dipilih dan berkongsi hasil kerja mereka kepada peserta yang lain

WhatsApp Image 2018 01 30 at 16.42.04

WhatsApp Image 2018 01 30 at 18.01.36 WhatsApp Image 2018 01 30 at 18.01.52

WhatsApp Image 2018 01 30 at 18.01.46