Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

KURSUS READY TO WORK IN LOGISTIC INDUSTRY

Kursus Ready To Work in Logistic Industry merupakan program penglibatan industri dalam perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah jemputan dari industri tentang persediaan pelajar ke arah alam pekerjaan. Kursus ini dikususkan kepada mereka yang mengikuti Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan semester Dua dalam subjek Management. Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah Pn Noor Adira Binti Abdul Razak, Pen. Pengurus, Group Internal Audit dari ibu pejabat Malakoff Corporation Berhad. Beliau mempunyai pengalaman bertugas dengan beberapa syarikat besar terutama semasa melaksanakan penguditan dalam syarikat-syarikat logistic seluruh Malaysia.

Antara ilmu-ilmu yang dapat dikongsikan termasuklah:

i. Searching for Relevent Job Openings
ii. Developing Your Application Materials
iii. Preparing for Your Interview
iv. How Can I get A Job Without Any Experience

Pelajar-pelajar berasa seronok sepanjang menghadiri kursus ini kerana pendekatan yang mereka perolehi untuk mencari pekerjaan dan membuat resume adalah lebih menarik, terkini dan menjadikan mereka lebih kreatif. Pelajar juga berasa lebih yakin untuk menempuh saat temuduga sungguhpun mereka belum ada pengalaman bekerja dengan teknik-teknik yang dikongsi oleh penceramah.

Dengan kursus sebegini diharap para pelajar mendapat pendedahan dalam dunia pekerjaan sebenar dan mempunyai matlamat yang lebih jelas. Pelajar-pelajar juga dapat merancang dan mengurus kesediaan fizikal, mental, emosi dan rohani mereka dalam menuju impian untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya dapat berbakti kepada pembangunan negara.

Foto 1. Penceramah Memulakan Kursus Dengan Memperkenalkan Diri Dan Menyampaikan Biodata Beliau.

20180121 084019

Foto 2. Perceramah Berkongsi Ilmu dan Pengalaman Industri Beliau kepada Para Pelajar

20180121 084037

20180121 090014

Foto 3. Pelajar tekun mendengar penyampaian kursus

20180121 090240

20180121 090548

20180121 094753

Foto 4. Pelajar mengikuti aktiviti yang dikendalikan oleh Puan Noor Adira

20180121 085034

20180121 085216

20180121 085357

Foto 5. Penyampaian cenderhati oleh Ketuan Program sebagai tanda terima kasih dari PMJB

20180121 100322

Foto 6. Gambar beramai-ramai sebagai kenangan setelah tamat kursus

20180121 100815