Pada 10 Januari 2018, Unit Displin Politeknik METrO Johor Bahru telah melakukan rutin “spotcheck “pelajar. Perkara yang ditekankan oleh unit adalah tentang kekemasan pakaian, kuku dan potongan rambut. Rutin ini dijalankan semasa kelas berlangsung. Rutin bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Rutin dibantu oleh beberapa orang pelajar MPP bagi melancarkan perjalanan rutin.
Pemeriksaan dimulakan daripada kelas yang berada di aras 1 sehingga ke kelas di aras 2. Pelajar yang terlibat semasa rutin dijalankan adalah dalam kalangan pelajar DLS, DIB dan DEN semester 1 sehingga semester 4. Terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan dan Peraturan Am.
Tindakan telah diambil kepada pelajar lelaki yang tidak kemas potongan rambut dengan menahan Kad Pelajar sehingga pelajar tersebut telah mengunting rambut dengan kemas. Bagi pelajar perempuan, tindakan menahan Kad Pelajar bagi yang memakai pakaian yang tidak sesuai dan ketat. Sila rujuk lampiran 1.
Rutin pemeriksaan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Pelajar lelaki yang diambil tindakan kembali mendapatkan Kad Pelajar dalam masa 24 jam setelah menggunting rambut dengan kemas dan disahkan oleh Pegawai Displin. Manakala pelajar perempuan yang diambil tindakan kembali mendapat Kad Pelajar dalam masa 24 setelah berpakaian kemas dan sopan.
GAMBAR SEWAKTU PEMERIKSAAN DISPLIN DIJALANKAN PADA 10 JANUARI 2018
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |