Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "The Skill And Roles As A Manager"

Kursus ‘The Skills And Roles As A Manager’ merupakan program yang pertama kali diadakan bersama TCT Trading Sdn Bhd (sebuah syarikat pengilangan yang mengendalikan proses logistik dan rangkaian bekalan) yang mana ia merupakan salah satu inisiatif program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan dalam usaha untuk membawa industri dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk perkembangan ilmu dan potensi pelajar.

Kursus ini telah mengumpulkan pengurusan tertinggi industri untuk menyumbangkan tenaga, masa dan ilmu pengetahuan demi memastikan ilmu dapat dimanfaatkan bersama pelajar. Ia telah memberi pendedahan kepada pelajar semester 2 dan pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah yang mengajar kursus Principles of Management. Penceramah yang dijemput khas bagi menyampaikan kursus ini ialah Mr Kumar A/L Muruppan, Eksekutif, TCT Trading Sdn Bhd. Antara ilmu-ilmu yang dapat dikongsikan adalah peranan seorang pengurus yang berjaya perlu ada kemahiran dalam mengendalikan fungsi pengurusan iaitu Planning, Leading, Organizing and Controlling. . Di akhir kursus ini pelajar dapat menerangkan elemen-elemen pengurusan yang mana termasuk kemahiran interpersonal dan membuat keputusan yang sangat diperlukan sebagai pengurus.

20180107 083004

Perkongsian industri bersama pensyarah pelawat industri (PPI), Mr Kumar A/L Muruppan

20180107 085605 

Pelajar mengikuti aktiviti yang dikendalikan oleh Mr Kumar a/l Muruppan.

20180107 100308

Pelajar DLS 2B dan pelajar menyertai kursus ini

Disediakan oleh,

Pn Hazlin Binti Jamari