Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/ 2018

Perhimpunan Bulanan Politeknik METrO Johor Bahru yang pertama bagi tahun 2018 telah dilaksanakan pada hari ini, 4 Januari 2018 di Bilik TeCC, PMJB. Timbalan Pengarah PMJB, Dr Norazlina Ahmad yang mempengerusikan majlis tersebut telah menekankan kepentingan 5 teras Strategik JPKK 2018 – 2025 dan menfokus kepada TS2: Melestari Industri Kondusif. Ketua Jabatan (Akademik), Pn. Nurlinda Abdullah dan Ketua Jabatan (Sokongan Akademik), En. Muhammad Nazri turut membentangkan Pelan Strategik PMJB.


Majlis diteruskan dengan Taklimat E-Perolehan oleh Pn. Fadilah Omar dan Taklimat E-mail 1GOVUC oleh Pn. Norhafiza Ahmad. Majlis diakhiri dengan pengenalan kepada pensyarah PMJB yang baru iaitu Pn. Diana Lee dan Pn. Bahariatulaini Badri serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh untuk bulan November dan Disember 2017. Anugerah Pekerja Contoh untuk bulan November telah dianugerahkan kepada Pn. Julia Jantan dan En. Mohd. Saufi Saderi. Manakala Anugerah Pekerja Contoh untuk bulan Disember telah disampaikan kepada Cik Hasnida Ibrahim dan Pn Fadilah Omar.

1  2 

 Majlis Perhimpunan Bulanan PMJB Bil 1/ 2018 telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Fazrin.

3 4

Taklimat Pelan Strategik PMJB oleh Ketua Jabatan Akademik. Pn Nurlinda Abdullah dan Ketua Jabatan (Sokongan Akademik), En. Muhammad Nazri

5 6
Taklimat E-Perolehan oleh Pn Fadilah Omar Taklimat E-mail 1GOVUC oleh Pn. Norhafiza Ahmad
7 8

Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi Bulan November 2017 oleh Timbalan Pengarah PMJB, Dr Norazlina Ahmad kepada Pn. Julia Jantan dan En. Mohd. Saufi Saderi.

9   10

Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi Bulan Disember 2017 oleh Timbalan Pengarah PMJB, Dr Norazlina Ahmad kepada Cik Hasnida Ibrahim dan Pn Fadilah Omar.