Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2018

Pada 04 Januari 2018 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Sokongan Akademik (KJSA) PMJB, Encik Muhd Nazri Bin Abd Halim. Program ini dianjurkan oleh Kelab Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Program ini disertai oleh semua pelajar Politeknik. Program ini diadakan bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang kebiasannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal. Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini, pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang minggu iaitu 31 Disember 2017 – 04 Januari 2018 seperti pertandingan melukis poster, menulis khat, bicara kreatif, sajak dan pentomen bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.


Kemuncak minggu Sambutan Maulidur Rasul ini telah disajikan dengan acara perarakan pada 04 Januari 2018 yang melibatkan semua pelajar dalam kampus. Perarakan ini bermula tepat jam 9.45 pagi dan turut dikawal selia oleh pasukan keselamatan pelajar. Lansung selepas tamat larian, berlangsungnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Dr.Norizam Bin Lagiman, Ketua Unit Aqidah dan Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor. Acara seterusnya adalah majlis perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Diharap penerapan sifat kecintaan terhadap Rasulullah SAW yang menjadi objektif utama program ini dapat diteruskan di sepanjang sesi pengajian pelajar di PMJB. Program Sambutan Maulidu Rasul ini sangat bermanfaat dan memberi kesan yang positif kepada semua pelajar.

Disediakan Oleh:

Hasnida Binti Ibrahim
Penasihat Kelab JPPI
Politeknik METrO Johor Bahru

Disemak Oleh:

Noraina Wahid
Ketua Hal Ehwal Pelajar
Politeknik METrO Johor Bahru

GAMBAR SEKITAR MAJLIS MAULIDUR RASUL 1439H/ 2018

 Maulidur rasul  watikah MPP

Maulidur rasul  watikah MPP 4

Antara Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur rasul  watikah MPP 30

Ceramah Maulidr Rasul disampaikan oleh Ustaz Dr.Norizam Bin Lagiman, Ketua Unit Aqidah dan Syariah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor

Maulidur rasul  watikah MPP 31

Sesi Soal Jawab semasa Ceramah Maulidr Rasul 

Maulidur rasul  watikah MPP 34

Maulidur rasul  watikah MPP 37

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan