Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus The Importance Of Understanding Occupational Safety And Identifying Hazard In The Industry

KURSUS THE IMPORTANCE OF UNDERSTANDING OCCUPATIONAL SAFETY AND IDENTIFYING HAZARD IN THE INDUSTRY
26 Januari 2017
Bilik Kuliah 5 dan 6, Aras 2, Politeknik METrO Johor Bahru

Pada 26 Januari 2017, Kursus ‘The Importance of Understanding Occupational Safety and Identifying Hazard in the Industry’ anjuran Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS), Jabatan Akademik, PMJB telah diadakan. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 dan pensyarah yang mengajar kursus DUW1012 Occupational Safety and Health.

Selain itu, objektifnya adalah untuk :-

I. Membentuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat menguasai ilmu pengetahuan.
II. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan keselamatan di dalam pekerjaan dan mengenalpasti bahaya di dalam industri Logistik secara praktikal di dalam industri di Malaysia.
III. Memenuhi sasaran KPI program untuk mencapai 50 jam interaksi bersama industri
IV. Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang dicadangkan dan akan dilakukan.
V. Memenuhi perancangan takwim aktiviti 2017 Politeknik METrO Johor Bahru.

Penceramah kursus ialah En. Azri Bin Asmon (Senior Engineer- Maintenance) daripada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang, Johor. Beliau telah memulakan program ini dengan memperkenalkan serba sedikit mengenai profil TNB dan seterusnya mengaitkan kepada tajuk program ini iaitu memahami apa itu keselamatan di dalam pekerjaan dan mengenalpasti bahaya yang boleh wujud di dalam industri serta akibat-akibat jika segala peraturan tidak dipatuhi.

Intipati penerangan beliau meliputi topik-topik yang berkaitan dengan keselamatan di dalam pekerjaan secara global dan mengaitkan dengan situasi semasa di dunia dan juga di dalam negara, Malaysia.

Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai definisi keselamatan dalam pekerjaan, peranan Akta Keselamatan dan Kesihatan dalam Pekerjaan, cara-cara mengenalpasti bahaya melalui HIRADC dan latihan bersama pelajar juga telah diberikan. En. Azri juga mengambil langkah pro aktif dalam memastikan terdapat hubungan komunikasi dua hala dan penyampaian berkesan dimana pelajar-pelajar akan diberikan hadiah sekiranya berjaya menjawab soalan dengan betul.

Secara dasarnya, pelajar dilihat selesa berkomunikasi dengan penceramah dan dapat memahami intipati kursus dengan baik kerana majoriti pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Mereka juga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh kursus.

Disediakan oleh:
Pn Hjh Siti Fatimatuz Zahra Binti Hussin

20170126 093731

Kursus dimulakan dengan bacaan doa dari ketua pelajar

20170126 093958

Pelajar tekun mendengar penerangan yang diberikan

20170126 113143

Sessi soal jawab antara pelajar dan penceramah bagi menggiatkan proses interaksi dua hala yang telah menarik minat pelajar dalam kursus ini.

20170126 114458

Pelajar menerima hadiah jika berjaya menjawab soalan dengan tepat.

20170126 114725

20170126 114728

Sessi pertukaran cenderamata diantara Politeknik diwakili oleh Puan Hjh Hazlin Binti Jamari dan pihak TNB yang diwakili En. Azri Bin Asmon disaksikan oleh pensyarah kursus Occupational Safety and Health, Puan Hjh. Siti Fatimatuz Zahra Binti Hussin.