Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Khidmat Masyarakat

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN, JOHOR BAHRU, JOHOR
ANJURAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
JABATAN AKADEMIK
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

TARIKH PELAKSANAAN:
5 FEBRUARI 2017 (AHAD)

Seramai 34 orang pelajar dan 7 orang pensyarah termasuk Ketua Jabatan Akademik, Pn Hajah Fatimah Binti Hussein dan Ketua Program, Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan, Pn Hazlin Binti Jamari, mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Johor Bahru, Johor pada 5 Februari 2017.


Program selama sehari yang bertemakan Limpahan Kasih Sayang ini bertujuan menjalin silaturahim dan memahami kehidupan seramai 108 orang warga emas di situ. Antara aktiviti yang diadakan ialah bacaan doa dan tazkirah, persembahan nasyid, jamuan makan, penyampaian sumbangan, meraikan sambutan ulangtahun warga emas pada bulan Januari dan Februari serta sukaneka.


Melalui program sebegini, pelajar-pelajar dapat menunaikan tanggungjawab mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan mengambil peranan sebagai pemimpin.


Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan Politeknik METrO Johor Bahru dengan masyarakat luar. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

“SYUKUR ALHAMDULILAH”

Disediakan oleh,
Hazlin Binti Jamari
Ketua Program DLS

DSC 0037

Majlis Meraikan Sambutan HariJadi Warga Emas Bagi Bulan Januari dan Februari 2017

DSC 0016

Bacaan Doa dan Tazkirah oleh Saudara Nur Aiman Bin Abd Rahim

DSC 0028

Nyanyian Nasyid oleh Pelajar DLS Semester 2

DSC 0052

Sukaneka Bagi Acara Bowling

DSC 0043

Penyampaian Sumbangan dan Hadiah Kepada Warga Emas Oleh Ketua Jabatan Akademik dengan diiringi oleh Ketua Program DLS

DSC 0185

Para Pensyarah dan Pelajar-Pelajar Bergambar Kenangan Selepas Program CSR Berlangsung