Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus Overview Of International Business

KURSUS OVERVIEW OF INTERNATIONAL BUSINESS
22 Januari 2017
Bilik Kuliah 5 dan 6, Aras 2, Politeknik METrO Johor Bahru

Pada 22 Januari 2017, Kursus ‘Overview of International Business’ anjuran Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS), Jabatan Akademik, PMJB telah diadakan. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar semester 3 dan pensyarah yang mengajar kursus DPP2013 Introduction To International Business.

Selain itu, objektifnya adalah untuk :-

  1. Membentuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat menguasai ilmu pengetahuan.
  2. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai definisi perniagaan antarabangsa secara umum dan mengkhusus kepada praktis dan amalan perniagaan antarabangsa di Malaysia.
  3. Memenuhi sasaran KPI program untuk mencapai 50 jam interaksi bersama industri
  4. Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang dicadangkan dan akan dilakukan.
  5. Memenuhi perancangan takwim aktiviti 2017 Politeknik METrO Johor Bahru.

Penceramah kursus ialah En. Mohd Idris Bin Maksud (Head of Department) daripada syarikat JST Connectors (M) Sdn Bhd. Beliau telah memulakan program ini dengan memperkenalkan serba sedikit mengenai profil JST Connectors dan seterusnya mengaitkan kepada tajuk program ini iaitu pengenalan kepada perniagaan antarabangsa.

Intipati penerangan beliau meliputi topik-topik yang berkaitan dengan perniagaan antarabangsa secara global dan mengaitkan dengan situasi semasa di dunia dan juga di dalam negara, Malaysia.

Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai definisi perniagaan antarabangsa, perbezaan perniagaan domestik dengan perniagaan antarabangsa, strategi perniagaan syarikat serta cabaran dan halangan yang wujud di dalam perniagaan antarabangsa dari sudut beliau yang telah lama di dalam industri.

Disediakan oleh:
En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim

gambar 1

En. Mohd Idris Bin Maksud, penceramah kursus daripada syarikat JST Connectors (M)
Sdn Bhd

gambar 2

Pelajar DLS Semester 3 menyertai kursus ini

gambar 4

Interaksi dua (2) hala antara pelajar dan industri telah menarik minat pelajar dalam kursus ini.

gambar 5

Semua peserta mendapat ilmu yang bermanfaat

gambar 6

En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim, selaku Pensyarah

DPP2013- Introduction To International Business

menyampaikan cenderahati kepada penceramah kursus,

En Mohd Idris Bin Maksud