Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus Sistem Pengurusan Dan Pengoperasian Penghantaran Kargo Menggunakan Perkhidmatan Secara Intermodal (Antara MOD)

KURSUS SISTEM PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PENGHANTARAN KARGO MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SECARA INTERMODAL (ANTARA MOD)
19 Januari 2017
TEC 4, Aras 1, Politeknik METrO Johor Bahru

Kursus Sistem Pengurusan dan Pengoperasian Penghantaran Kargo Menggunakan Perkhidmatan Secara Intermodal (Antara Mod) yang menyokong Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) telah diadakan pada 19 Januari 2017 di TEC 4, Politeknik METrO Johor Bahru. Kursus ini telah dihadiri oleh pelajar DLS Semester 2A seramai 32 orang yang mengambil subjek DPL 2023 (Principles and Practices of Transportation).

Penceramah kursus terdiri dari En Azizullah Kinayatullah (Ketua Pegawai Eksekutif, KTM Distribution Sdn.Bhd.), En Jefri Awang (Senior Eksekutif Operasi, KTM Distribution Sdn.Bhd.) dan En. Mohd Fazil Bin Ismail (Ketua Unit Khidmat Pelanggan & Komunikasi Korporat).


Sesi kursus telah berjalan dengan lancar dan telah dibahagikan kepada 2 sesi. Pada sesi pertama, En Azizullah Kinayatullah telah memberi gambaran dengan lebih jelas berkaitan sistem pengurusan KTMD Sdn. Bhd. Manakala pada sesi kedua pula, En Jefri Awang telah memberi pendedahan berkaitan sistem pengoperasian KTMD Sdn. Bhd. bagi penghantaran kargo menggunakan perkhidmatan secara intermodal (antara mod). Sesi soal jawab antara kedua-dua penceramah dan pelajar juga berjaya dilakukan dengan disertai oleh En. Mohd Fazil Bin Ismail.


Secara keseluruhan, kursus yang diadakan ini amat baik dan telah memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar. Sesi soal jawab turut diadakan dan peluang juga diberikan kepada pelajar bertanyakan soalan tentang sesi latihan WBL pelajar di KTMD Sdn. Bhd. Puan Azyati Mohd Agos, Pegawai CISEC, PMJB telah dijemput bagi menyerikan majlis dengan sesi penyampaian cenderamata kepada Pegawai-pegawai Eksekutif KTM Distribution Sdn. Bhd. di akhir majlis.

Disediakan oleh : Cik Zety Shakila Binti Mohd Yusof

20170119 102130 20170119 105559

Gambar 1: En Azizullah Kinayatullah (Ketua Pegawai Eksekutif, KTM Distribution Sdn.Bhd.) sedang memberi gambaran dengan lebih jelas berkaitan sistem pengurusan KTMD Sdn. Bhd.

20170119 112910

Gambar 2: En Jefri Awang (Senior Eksekutif Operasi, KTM Distribution Sdn.Bhd.) sedang memberi pendedahan dengan lebih jelas berkaitan sistem pengoperasian KTMD Sdn. Bhd. Bagi penghantaran kargo menggunakan perkhidmatan secara intermodal (antara mod).

20170119 123253

Gambar 3: Sesi soal jawab antara pelajar DLS 2A dan pegawai-pegawai KTMD Sdn. Bhd.

20170119 124339 20170119 124357

Gambar 4: Sesi penyampaian cenderamata dari pihak Politeknik METrO Johor Bahru yang telah disampaikan oleh Puan Azyati Binti Mohd Agos kepada pegawai-pegawai KTMD Sdn. Bhd.