Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "The Overview Of Marketing" Kalimah Fresh Meat

KURSUS “THE OVERVIEW OF MARKETING”
KALIMAH FRESH MEAT
15 Januari 2017
Bilik MQA, Aras 2, Politeknik METrO Johor Bahru

Kerjasama strategik dua hala dalam bentuk perkongsian pintar antara industri dan Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) dalam bidang akademik telah lama wujud iaitu semenjak tahun 2011. PMJB perlu melebarkan lagi jaringan industri melalui pemantapan pembangunan modal insan. Oleh itu, Jabatan Akademik melalui program DLS telah menjemput syarikat Kalimah Fresh Meat sebagai rakan bersama dalam penglibatan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar.

Program ini diyakini dapat membantu dalam usaha mengurangkan masalah-masalah berikut;

  1. Graduat dilihat masih ditahap sederhana dari aspek kualiti yang diharapkan
    industri
  2. Tiada padanan antara bidang graduat dengan bidang diperlukan oleh majikan

Kursus telah diadakan pada 15 Januari 2017 bertempat di Bilik MQA, Aras 2, PMJB.
Program ini telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Akademik, PMJB di bawah Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS). Bengkel ini melibatkan semua pelajar yang terdiri daripada pelajar semester satu (1) DLS. Secara keseluruhannya kursus ini telah membantu dari aspek:-

  1. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
  2. Mempertingkat standard pendidikan sedia ada
  3. Memastikan jurang pendidikan dirapatkan
  4. Pelajar memahami elemen-elemen asas pemasaran dan impaknya terhadap industri logistic dan rangkaian bekalan
  5. Pelajar dapat menerangkan konsep asas pengurusan rangkaian bekalan serta hubungan pembeli dan pembekal

Disediakan oleh:
Pn Hazlin Binti Jamari

16114798 10208404271009821 1374420623191435312 n

Pelajar mendengar penerangan daripada penceramah, En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim

16266042 10208404273769890 5085448406135797842 n

Pensyarah “Principles of Marketing”, Pn Erlia Binti Nasir, menyampaikan sijil dan cenderahati kepada En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim, Pengarah Urusan, Kalimah Fresh Meat