Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus How To Write A Research Proposal

KURSUS HOW TO WRITE A RESEARCH PROPOSAL
11 Januari 2017
Bilik Kuliah 5 dan 6, Aras 2, Politeknik METrO Johor Bahru

Pada 11 Januari 2017, Kursus ‘How To Write A Research Proposal’ anjuran Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS), Jabatan Akademik, PMJB telah diadakan. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar semester 3 dan pensyarah yang mengajar kursus DPB5023 Research Methodology mengenai:-

1) Langkah penyediaan kertas cadangan penyelidikan yang betul, pemilihan tajuk kajian yang bersesuaian dengan penyataan masalah yang ingin diselesaikan, kajian literatur, metod kajian, analisis dan hasil kajian yang diperolehi.

2) Pembentukan dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat menguasai ilmu pengetahuan terutamanya di dalam ilmu penyelidikan.

Kursus ini juga diadakan untuk :-

1) Memenuhi sasaran KPI program untuk mencapai 50 jam interaksi bersama industri

2) Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang dicadangkan dan akan dilakukan.

3) Memenuhi perancangan takwim aktiviti 2017 Politeknik METrO Johor Bahru.

Penceramah kursus ialah En. Noor Hakim Bin Rafai. Beliau merupakan pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. En. Noor Hakim telah memulakan program ini dengan gambaran yang jelas mengenai bagaimana untuk menulis kertas cadangan dengan lebih tepat. Penerangan beliau meliputi tajuk-tajuk seperti definisi dan kaedah penyelidikan, penyataan masalah dan kaedah mengenalpasti masalah, kajian litaratur, metodologi, analisi kajian dan kesimpulan kajian. Beliau menerangkan mengenai asas penyelidikan. Kursus ini turut mengupas isu-isu atau tajuk yang ingin dikaji secara khusus. Pelajar diterangkan dengan pembolehubah bersandar dan juga pembolehubah tidak bersandar. Pelajar turut didedahkan dengan kajian litaratur dan juga etika dalam penyelidikan.

Disediakan oleh:
En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim

DSC 0919

En. Noor Hakim Bin Rafai, memberi penerangan tentang tajuk ciri-ciri kajian

DSC 0946

Penceramah berpengalaman luas dalam teknik dan kaedah kajian menerangkan tentang cara penulisan kajian yang betul dengan memberi contoh-contoh kajian.

DSC 0934

Sebahagian pensyarah dan pelajar DLS Semester 3 menyertai kursus ini

DSC 0926

Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Pn Norah Binti Hj. Mohd Zan turut serta dalam kursus ini

DSC 0925

Semua peserta tekun mendengar dan mencatat ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama

gambar nazri

En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim, selaku Pensyarah DPB5023- Introduction To Research Methodology menyampaikan cenderahati kepada penceramah kursus, En Noor Hakim Bin Rafai