Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus "The Importance Of Supplier In Supply Chain Managment"

KURSUS “THE IMPORTANCE OF SUPPLIER IN SUPPLY CHAIN MANAGEMENT”
09 Januari 2017
Bilik TEC 3, Aras 1, Politeknik METrO Johor Bahru

Pada 9 Januari 2017, Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS) dengan kerjasama Kalimah Fresh Meat telah menganjurkan kursus “The Importance of Supplier in Supply Chain Management” dengan matlamat untuk mencapai objektif yang telah digariskan

iaitu:-

  1. Mempelajari aspek pengurusan rangkaian bekalan dan logistik secara
    keseluruhannya; dan
  2. Menimba pengalaman, memahami dan menghayati hasil pembelajaran program (DLS) dari aspek industri

Sasaran peserta adalah terdiri daripada para pelajar semester 3 yang mendaftar kursus DPL5013-Fundamentals of Supply Chain Management. Penceramah kursus adalah En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim, Pengarah Urusan Kalimah Fresh Meat.

20170109 112840

Pelajar-pelajar DLS semester 3

20170109 112813

Penceramah kursus, En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim, dan pelajar-pelajar DLS semester 3

Disediakan oleh:
Pn Hazlin Binti Jamari