Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Kursus “The Skills And Roles As A Manager”

KURSUS “THE SKILLS AND ROLES AS A MANAGER”
08 Januari 2017
Makmal Kuliah 5, Aras 1, Politeknik METrO Johor Bahru

Kursus ‘The Skills And Roles As A Manager’ merupakan program kali pertama yang diadakan bersama Kalimah Fresh Meat (sebuah syarikat yang mengendalikan proses logistik dan rangkaian bekalan) yang mana ia merupakan salah satu inisiatif program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan dalam usaha untuk membawa industri dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk perkembangan ilmu dan potensi pelajar.

Kursus ini telah mengumpulkan pengurusan tertinggi industri untuk menyumbangkan tenaga, masa dan ilmu pengetahuan demi memastikan ilmu dapat dimanfaatkan bersama pelajar. Ia telah memberi pendedahan kepada pelajar semester 2 dan pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah yang mengajar kursus Principles of Management. Penceramah yang dijemput khas bagi menyampaikan kursus ini ialah En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim, Pengarah Urusan, Kalimah Fresh Meat. Antara ilmu-ilmu yang dapat dikongsikan adalah seorang pengurus yang berjaya perlu ada tiga (3) elemen utama iaitu Energy, Emotion and Punctuality. Di akhir kursus ini pelajar dapat menerangkan elemen-elemen pengurusan yang mana termasuk perancangan, pengendalian, mengarah dan mengawal, peringkat-peringkat pengurusan dan kemahiran yang diperlukan sebagai pengurus.

DSC 0857

Semua pelajar DLS 2 menyertai kursus ini

DSC 0870

Perkongsian industri bersama penceramah, En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim

DSC 0858

Pelajar tekun mendengar syarahan yang disampaikan oleh En Muhammad Syahir Bin Abdol Rahim

Disediakan oleh,
Pn Hazlin Binti Jamari