Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Lawatan Akademik : Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam

UNIT PENGAJIAN UMUM, JABATAN AKADEMIK PMJB
TARIKH PELAKSANAAN:
5-6 OKTOBER 2016


Lawatan Akademik Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam yang di anjurkan oleh Unit Pengajian Umum, Jabatan Akademik PMJB, dibawah kelolaan Ustaz Khairul Nizam B  Mohd Khalid telah berlangsung pada 5 & 6 Oktober 2016. Lawatan ini melibatkan 90 orang pelajar bagi kedua- dua program diploma yang mengambil kursus/ modul DUA 6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. 4 orang pensyarah pengiring turut serta dalam mengawalselia lawatan akademik ini ialah En Khairul Nizam B Mohd Khalid, En Mohd Fazrin B Hamdan, Pn Elyn Bt Mohd Ridzwan dan Pn Azrina Dullah Hussein.

 

Destinasi yang dituju dalam lawatan ini ialah Stesen TV AL-Hijrah Kuala Lumpur, Plaza Alam Sentral (Sri Pentas 2) dan Perbadanan Pepustakaan Awam Selangor. Tempat–tempat yang dilawati ini adalah berkaitan secara langsung dengan modul pembelajaran yang diambil dengan objektif utama memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia penyiaran sebenar dan kerja-kerja di sebalik tabir berkaitan. Para pelajar dapat belajar dan mengetahui pelbagai etika kerja dan teknik komunikasi yang betul diaplikasikan dalam dunia penyiaran. Program lawatan selama dua hari ini sangat bermanfaat dan memberi kesan yang positif kepada pelajar.


Disediakan Oleh : Pn Elyn Bt Mohd Ridzwan

Peserta meninjau Studio TV Al Hijrah

Merakam kenangan sebelum meninggalkan PPAS

Peserta bergambar di Rumah Ngaji @ PPAS

Pensyarah pengiring bergambar di set pergambaran Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral

Peserta di beri peluang meninjau persiapan pentas akhir Da’ei 2016