Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis NOU Antara PMJB Dan Takaful Ikhlas Berhad

PMJB sentiasa giat berusaha dalam melaksanakan program menjana modal insan. Salah satu cara adalah melalui jalinan kerjasama antara PMJB dengan industri dan agensi. Ini kerana melalui kolaborasi seperti ini, ia memberi lebih banyak peluang kepada PMJB dan industri serta agensi terlibat dalam memperkukuhkan kerjasama yang telah sedia terjalin tidak hanya tertumpu kepada pelaksanaan Work Based Learning semata, tetapi juga dalam pelbagai lapangan lain seperti program lawatan, CSR, seminar dan sebagainya.

Takaful Ikhlas Berhad sebelum ini telah lama membina hubungan dengan Politeknik METrO Johor Bahru melalui program Work Base Learning (WBL) dan perkongsian ilmu. Sehubungan dengan itu, demi untuk kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, satu Majlis Pertukaran NoU di antara Politeknik METrO Johor Bahru dengan Takaful Ikhlas Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2016 di Politeknik METrO Johor Bahru. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PMJB, Pn Norah binti Hj Mohd Zan dan Encik Mohd Hairul Bin Saleh, Assistant Vice President Head Branch Business Development Takaful Ikhlas Berhad.

Majlis turut dihadiri oleh pihak industri dan agensi lain antaranya Handee Express (M) Sdn Bhd, Fauzee Mustaffa Associates Sdn Bhd dan Bank Islam. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama tetamu yang hadir.

Disediakan oleh : Pn. Nor Hasradiana Binti Aman

Pertukaran NoU antara Politeknik METrO Johor Bahru bersama wakil dari pihak Takaful Ikhlas Berhad

Tetamu yang hadir menyaksikan majlis penyerahan NoU antaranya Handee Express (M) Sdn Bhd, Fauzee Mustaffa Associates Sdn Bhd dan Bank Islam.