Di peringkat Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Unit Kebudayaan Politeknik METrO Johor Bahru telah melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 18 Ogos 2016, bermula jam 8.30 pagi di perkarangan tempat letak kereta staf, PMJB.
Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj Mohd Zan dan diikuti dengan gimik menurunkan Jalur Gemilang sebagai tanda bermulanya pengibaran Jalur Gemilang di PMJB. Selain daripada itu, Majlis Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru PMJB turut diadakan bagi menggantikan MPP lama yang sedang menjalani WBL bagi sesi Jun 2016.
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia beberapa aktiviti menarik akan diadakan sepanjang bulan Ogos dan September 2016. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pelancaran bulan kemerdekaan dan kempen kibar Jalur Gemilang, pertandingan Puisi Merdeka dan mencipta Poster Merdeka dan program “Malaysia Bumi Bertuah”.
Diharap aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dalam memupuk semangat cintakan tanahair dan mengeratkan silatulrahim dalam kalangan warga PMJB.
Disediakan oleh: Cik Siti Khadijah Binti Sebli Joney

Ucapan perasmian oleh Pengarah PMJB, Pn Norah binti Hj Mohd Zan

Warga PMJB yang terdiri daripada para pensyarah dan para pelajar bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu-lagu patriotik.