Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

MAJLIS KONVOKESYEN KE- 2 POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

MAJLIS KONVOKESYEN KE- 2
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

Politeknik METrO Johor Bahru dengan jayanya telah melaksanakan Majlis Konvokesyen Ke-2 pada tanggal 22 Mei 2016 (15 Syaaban 1437 Hijrah) di Hotel Selesa Johor Bahru. Ia merupakan suatu detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya. Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan para graduan di peringkat Diploma yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Encik Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik sebagai perasmi serta menyampaikan diploma kepada para graduan. Ia juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Haji Adam Bin Sumiru, Adun Tanjung Puteri selaku penerima anugerah Duta Komuniti PMJB. Seramai 10 orang jemputan yang terdiri daripada pihak industri dan pengarah Kolej Komuniti dan Politeknik telah menghadiri majlis tersebut, antaranya MBB Management and Services, 3R Group Prudential BSN Takaful, SAF Business Corporate, AMM Associate Prudential BSN Takaful , Johor Corporation dan mantan pengarah PMJB, Haji Zairon Bin Mustapha.

Seramai 89 orang graduan yang terdiri 59 graduan Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan dan 30 orang daripada Diploma Pengurusan Kewangan dan Perbankan Islam telah berjaya menamatkan pengajian. Penerima Anugerah Pengarah adalah Siti Aminah Binti Arbae’n dari program DIB. Secara keseluruhan program ini merupakan satu galakan dan dorongan kepada para graduan agar lebih komited serta bersemangat untuk mendalami ilmu dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh : Pn. Noor Afizah Binti Atan

DSC 2925

Penganugerahan Diploma kepada salah seorang graduan yang disampaikan oleh Encik Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik.

DSC 2928

Antara para graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-2 Politeknik METrO Johor Bahru.

DSC 2963

Ucapan yang disampaikan oleh penerima Anugerah Pengarah Siti Aminah Binti Arbae’n.

DSC 2972

Puan Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Encik Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik.