Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Pemilihan Akhir Cogan kata (Tagline) Politeknik Malaysia

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, new

YBrs. Dato'/ Datuk/ Dr. /Tuan /Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) mempelawa seluruh warga JPP, pensyarah dan juga pelajar-pelajar Politeknik Malaysia untuk menyertai Pemilihan Akhir Cogan Kata (Tagline) Politeknik Malaysia.

Sehubungan itu, Bahagian Dasar, JPP memohon jasa baik pihak Dato'/ Datuk/ Dr. /Tuan /Puan bagi mengisi borang di capaian untuk menyertai pemilihan Akhir Cogan Kata (Tagline) Politeknik Malaysia. Pemilihan akhir ini diadakan bermula 22 Januari sehingga 31 Januari 2016. Klik sini untuk borang capaian.

Kerjasama Dato'/ Datuk/ Dr. /Tuan /Puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.