Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Lawatan Akademik Ke PKT Logistics Group Sdn Bhd

LAWATAN AKADEMIK KE PKT LOGISTICS GROUP SDN BHD

Jabatan Akademik Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menganjurkan Lawatan Akademik ke PKT Logistics Group Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 19 Julai 2016 di Light House PKT Logistics Group, Shah Alam. Seramai 4 orang pensyarah dan 61 orang pelajar Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS) semester 2 telah mengambil bahagian bagi lawatan tersebut.


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan tiga jam ialah sesi perkongsian pengalaman, penerangan mengenai PKT serta lawatan di sekitar kawasan pejabat dan gudang oleh Encik Muhamad Badrul Shah. Para pelajar diberi pendedahan berkaitan tentang sejarah PKT dan perancangan jangka masa panjang pihak PKT pada masa akan datang. Seterusnya para pelajar dibawa melawat ke bahagian pengurusan, fasiliti dan akhir sekali ke kawasan gudang PKT. Sepanjang lawatan sesi soal jawab diadakan bagi menjawab segala kemusykilan para pelajar. Sesi lawatan ini berakhir dengan penyerahan cenderahati oleh Puan Norshima Sha’ari kepada Encik Muhammad Badrul Shah sebagai tanda penghargaan oleh pihak PMJB dan cenderahati dari pihak PKT kepada para pelajar.


Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sektor logistik dan rangkaian bekalan daripada pekerja-pekerja yang berpengalaman. Disamping itu juga ianya dapat membentuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang dapat menguasai ilmu pengetahuan. Seterusnya dapat mewujudkan hubungan yang erat antara pihak industri dan PMJB melalui aktiviti yang dijalankan.


Secara keseluruhannya, lawatan jaringan industri ini telah berjaya dan mencapai objektif, seterusnya dapat memberikan pendedahan maklumat yang terperinci dan berguna bagi pihak program DLS khususnya.

Disediakan oleh: Puan Azreen Nur Binti Sarudin

Encik Muhamad Badrul Shah (wakil PKT Logistics) sedang memberi penerangan sejarah penubuhan PKT kepada para pelajar di Light House PKT Logistics

 P 20160719 145527

Sesi penyampaian cenderahati oleh Puan Norshima Sha’ari kepada Encik Muhammad Badrul Shah sebagai tanda penghargaan.

13708291 10206877787848696 8289942685724389735 o

Sesi bergambar menerima cenderahati dari pihak PKT Logistics Group Sdn Bhd.