Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Penyerahan Sumbangan MISC Logistics Sdn Bhd Kepada Pelajar PMJB

Seramai 16 orang pelajar PMJB terpilih untuk menerima sumbangan daripada MISC Logistics Sdn Bhd bagi Sesi Jun 2016. Sumbangan ini disalurkan kepada pelajar yang berkeperluan dan mempunyai sahsiah diri dan keputusan akademik yang baik. Ia juga merupakan salah satu Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan oleh MISC Logistics Sdn Bhd.

Majlis Penyerahan Sumbangan daripada MISC Logistics Sdn Bhd kepada pelajar PMJB

Majlis Penyerahan Sumbangan daripada MISC Logistics Sdn Bhd kepada pelajar PMJB

Sumbangan disampaikan oleh En. Ismail bin Ibrahim, Southern Regional Manager, MISC Logistics Sdn Bhd kepada Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah PMJB, Dr. Norazlina binti Ahmad, Ketua Jabatan (Akademik), Puan Hajah Fatimah binti Hussein, pensyarah dan staf PMJB.


Pihak PMJB amat berbesar hati dan berterima kasih di atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini membantu para pelajar PMJB dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan menjadi motivasi untuk lebih maju dalam pelajaran dan jati diri.

Pengarah PMJB Puan Norah binti Hj. Mohd Zan menyerahkan sijil penghargaan kepada En. Ismail bin Ibrahim Southern Regional Manager MISC Logistics Sdn Bhd

Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan menyerahkan  sijil penghargaan kepada En. Ismail bin Ibrahim, Southern Regional Manager  MISC Logistics Sdn Bhd

Taklimat ringkas kepada pelajar yang menerima sumbangan

Taklimat ringkas kepada pelajar yang menerima  sumbangan

Antara pelajar yang menerima sumbangan MISC Logistics Sdn Bhd

Antara pelajar yang menerima sumbangan MISC Logistics Sdn  Bhd