Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Keusahawanan Digital Kerjasama Jabatan Pendididkan Politeknik Dengan Malaysia Digital Economic Corporation Sdn. Bhd. (MDEC)

PROGRAM KEUSAHAWANAN DIGITAL KERJASAMA JABATAN PENDIDKAN POLITEKNIK DENGAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMIC CORPORATION SDN. BHD. (MDEC)
 
Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dengan kerjasama Malaysia Digital Economic Corporation Sdn. Bhd. atau MDEC (dahulu dikenali sebagai Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.) telah menganjurkan Program Keusahawanan Digital pada 29, 30 dan 31 Julai 2016. Program ini telah diadakan serentak di semua politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.
Program ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas usaha menghasilkan ramai usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan dalam talian. Dianggarkan lebih 3,000 orang peserta mengikuti teknik menjalankan perniagaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di 100 buah kelas di lebih 70 buah politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Datuk Michael Teoh telah menyampaikan sijil 'The Largest Simultaneous Participation in eUsahawan Classes' kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Politeknik Hulu Terengganu.

Politeknik METrO Johor Bahru juga telah mengambil bahagian dalam program ini dengan dua kelas latihan iaitu untuk komuniti setempat dan pelajar dengan jumlah peserta seramai 49 orang. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Program ini telah dapat meningkatkan minat dan kefahaman peserta dalam menceburi perniagaan dalam talian.
 
Disediakan oleh : Puan Wido Mes Wati Binti Sukadi
 

Peserta dari komuniti setempat tekun mendengar dan mengaplikasikan ilmu keusahawan digital yang disampaikan oleh penceramah MDEC dan dibantu fasilitator dari PMJB.

Puan Marlina Osman (penceramah dilantik MDEC) sedang memberikan latihan keusahawanan digital kepada peserta di MK2, PMJB.

Peserta yang terdiri dari pelajar PMJB bergambar bersama penceramah dan penganjur sebagai bukti penglibatan untuk MBOR.

Peserta yang terdiri dari komuniti setempat bergambar bersama penceramah dan penganjur sebagai bukti penglibatan untuk MBOR

Encik Adam Ridzuan Bin Osman (penceramah dilantik MDEC) sedang memberikan penerangan secara personal kepada para peserta di MK 4, PMJB.