Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Let’s Explore English!.

Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Akademik Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan program Let’s Explore English! pada 27 dan 28 Julai 2016. Antara aktiviti-aktiviti Let’s Explore English! ialah:

  1. 27 Julai 2016: Newspaper in Education (NIE) bertempat di PMJB yang disertai oleh semua pelajar Semester 1. Program ini bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam mengendali dan melengkapkan aktiviti Bahasa Inggeris melalui permainan menggunakan surat khabar. 

     

  2. 28 Julai 2016: Academic Visit to Singapore. Antara tempat yang dilawati di Singapura ialah School of Communication, Art & Social Sciences, Singapore Polytechnic di mana kami didedahkan dengan fasiliti dan kemahiran berkomunikasi pelajar-pelajar di Singapore Polytechnic. Selain itu, kami ke Masjid Khalid bagi memdengar tazkirah The Importance of Knowledge in An Islamic Perspective daripada Ustaz Anuar, Imam Executive Masjid Khalid. Lawatan ini disertai oleh 22 pelajar dan 10 pensyarah dan staf termasuk Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan.

13679895 1250048638371063 5902773554943059586 o

Delegasi PMJB bergambar bersama pihak pengurusan Masjid Khalid

DSC 5618

Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan menyampaikan cenderahati kepada Ms. Debra, pensyarah School of Communication, Art & Social Sciences.

Ustaz Anuar, Imam Eksekutif Masjid Khalid ditemu ramah untuk PoliTV.

DSC 5620

Penyampaian cenderahati oleh wakil UTHM kepada Singapore Polytechnic.

DSC 5602Delegasi PMJB mendengar taklimat di Singapore Polytechnic.

DSC 5624Bergambar kenangan di Singapore Polytechnic