Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Maklumat Pendaftaran Pelajar Baru Politeknik Metro Johor Bahru Sesi Jun 2013

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Tahniah diucapkan kerana telah Berjaya ditawarkan ke Politeknik METrO Johor Bahru. Sehubungan itu saudara/i dikehendaki mendaftar diri sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh : 17 Julai 2013 (Isnin)  
Masa   : 8.30 pagi – 11.00 pagi
 
Tempat : Politeknik METrO Johor Bahru
Jalan Suria 19, Taman Putra
81100, Johor Bahru.
 
Pakaian : Perempuan : Sopan, Menutup Aurat & tidak jarang
(Muslim bertudung oren)

Lelaki         : Kemeja & bertali leher

 

3. Untuk makluman, PoliteknikMETrO Johor Bahru TIDAK menyediakan asrama bagi semua pelajar. Pihak Politeknik METrO Johor Bahru akan membantu dalam pengurusan penginapan pelajar (rumah sewa) sepertimana maklumat yang disertakan.

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat am yang berkaitan :

4.1 Bayaran Yuran
4.2 Maklumat PTPTN
4.3 Maklumat penginapan pelajar (rumah sewa)

5. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran boleh diperolehi di laman web politeknik METrO Johor Bahru di www.pmjb.edu.my. Bagi melancarkan lagi urusan pada hari pendaftaran, saudara/i dipohon melengkapkan semua butiran yang diperlukan .

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noraina binti Wahid (Pegawai HEP) di talian 07 3358851.