Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

KEKOSONGAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEKERJA SAMBILAN HARIAN
DI POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

1. a) Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (N17)

    b) Agensi : Kementerian Pendidikan Malaysia

    c) Kumpulan : Sokongan

    d) Taraf Jawatan : Sambilan

    e ) Kekosongan : 1

2. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti beikut:-

i) Gred N17
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Tempoh Lantikan : Tiga (3 )bulan dari tarikh melapor diri

4. Gaji sehari : Gred N17 (RM54.00)

5. Cara memohon : Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang PMJB/PSH/2014 dan satu(1) salinan sijil atau lain-lain dokumen yang diakui sah seperti berikut hendaklah disertakan bersama-sama dengan permohonan:-

a. Kad Pengenalan
b. Sijil kelahiran
c. Sijil-sijil persekolahan
d. Sijil berhenti  sekolah
e. Lain-lain dokumensokongan ; dan
f. Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)

6. Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan
hendaklah sampai pada atau sebelum 20 April 2014 jam 12.00 tengahari kealamat berikut:-

PENGARAH
POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
No.64, JALAN SURIA 19,
TAMAN PUTERA,
81100 JOHOR BAHRU
(Unit Khidmat Pengurusan)

7. Permohonan yang dipertimbangkan

i) Hanya calon-calon yang memenuhi syaratkan dipertimbangkan

ii)Hanya permohonan yang memenuhi syarat Asas Tapisan akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang makluman selepas3 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.