Dalam mengejar visi Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Jawatankuasa Penasihat Industri atau Industry Advisory Committee (IAC) ditubuhkan untuk memberikan halatuju bagi meningkatkan capaian PMJB kepada industri dan untuk merangka pelan strategik bagi akademik dan lain-lain aktiviti kolaborasi dengan industri.
Pada 2 Mei 2018 telah berlangsung Mesyuarat JK Penasihat Industri bagi Program DIB di Bilik Mesyuarat 1 PMJB.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Mohd Badzihar daripada MBB Management & Services dan telah dihadiri oleh 5 ahli lain daripada AMM Associate, Agensi 8AF, RA Premier Consultancy dan MM Wealth Consultant. Manakala pihak PMJB dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Akademik, Ketua Jabatan Sokongan Akademik, Pegawai CISEC dan Pegawai Kolaborai serta Ketua Program DIB bersama 3 orang pensyarah DIB.
Mesyuarat yang bermula jam 2.00 petang ini membincangkan tentang isu-isu kurikulum dan aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama demi memperkasakan bidang DIB dan pelajar DIB khususnya di PMJB. Mesyuarat juga sebulat suara untuk mengadakan program CSR bersama antara PMJB dengan industri DIB.
Berikut merupakan senarai kehadiran mesyuarat.
Bil | Nama | Institusi/Industri |
1 | En Mohd Badzihar bin Mohd Basri | MBB Management & Services |
2 | En Shyhol Azhar Bin Mohd MAkmar | Multi Millionare Group |
3 | En Azman Bin Abd Aziz | Agensi 8AF |
4 | Tn Hj Redzuan Bin Hj Jaafar | RA Premier Consultancy |
5 | Pn Mariana Binti Mamat | MM Wealth Consultanat |
6 | Tn Hj Azirin Bin Abdul Aziz | Pengarah |
7 | Dr Norazlina Binti Ahmad | Timbalan Pengarah |
8 | Pn Nurlinda Binti Abdullah | Ketua Jabatan Akademik |
9 | En Muhammad Nazri Bin Abdul Halim | Ketua Jabatan Sokongan Akademik |
10 | Pn Hjh Noor Afizah Binti Atan | Ketua Program DIB |
11 | Pn Azyati Binti Mohd Agos | KU Cisec |
12 | Pn Nor Hasradiana Binti Aman | Pegawai Kolaborasi & PPLI |
13 | Pn Maria Binti Mohd Yatim | Pensyarah DIB |
14 | Pn Bahariatul Aini Binti Badri | Pensyarah DIB |
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Aluan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru
2. Penyerahan Mesyuarat kepada Pengerusi JK Penasihat Industri
3. Pengesahan minit mesyuarat JK Penasihat Industri 2017
4. Pembentangan Ketua Program dan isu-isu berkaitan kurikulum program
5. Hal-hal Lain
6. Mesyuarat Ditangguhkan
Gambar sepanjang Mesyuarat JK Penasihat Industri berlangsung
Barisan JK Penasihat Industri Program DIB bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah
Mesyuarat IAC BAGI Program DIB dengan kehadiran mesyuarat seramai 14 orang.
Tn Hj Azirin, Pengarah PMJB memberikan kata-kata aluan sebelum menyerahkan mesyuarat kepada En Badzihar daripada MBB Management & Service
Tn Hj Redzuan dari RA Premier Consultantcy dan En Syhaol Azhar dari MMG menyatakan pendapat tentang kemahiran pelajar WBL di tempat beliau.
En Badzihar (Kanan) dari MMB Management & Services Pengerusi Mesyuarat JK Penasihat Industri
Disediakan oleh,
AZYATI BINTI MOHD AGOS
KU CUSEC