Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS1900:2014 & iso 9001:2008 Oleh Sirim

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sedang berusaha mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2014 dan ISO 9001:2008. Sehubungan itu tanggal 12-13 Oktober 2016, pihak SIRIM telah melaksanakan Audit Pemantauan di PMJB dengan jayanya. Pasukan audit daripada pihak SIRIM terdiri daripada Pn. Hajah Hanida Binti Ghazali (Ketua pasukan audit), Pn. Asiyah Binti Haron (Ahli pasukan audit) dan Dr. Mohd Nazri Bin Mohd Noor (Pakar Teknikal Shariah).

Skop audit kali ini meliputi perkara-perkara berikut:-
a. Pengurusan & Kualiti – Kajian Semula Pengurusan, Kawalan Dokumen dan Pengendalian Maklumbalas Pelanggan.
b. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi Pengajian Umum dan Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan.
c. Pelaksanaan Work Based Learning, peperiksaan dan Hal Ehwal Pelajar.
d. Infrastruktur, pembelian dan pengurusan sokongan.


Secara keseluruhannya proses audit berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua staf PMJB dan juga pelajar. Alhamdulilah, sekali lagi dapatan audit kali ini mampu menggembirakan warga PMJB apabila tiada Nonconformity Report (NCR) dan hanya 5 peluang penambahbaikan (OFI) sahaja yang diterima. Justeru PMJB masih boleh meneruskan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS 1900:2014 dan ISO 9001:2008.

Disediakan oleh : Puan Noor Afizah Binti Atan

Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan pada 12 Oktober 2016.

Barisan ahli pasukan audit yang terdiri daripada Pn. Hajah Hanida Binti Ghazali (Ketua pasukan audit), Pn. Asiyah Binti Haron (Ahli pasukan audit) dan Dr. Mohd Nazri Bin Mohd Noor (Pakar Teknikal Shariah).

Ketua Auditor daripada SIRIM – Pn Hanida Binti Ghazali.