Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan 2016 (PNiCC’16) ialah satu jenama pertandingan baharu Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) untuk mempamerkan penghasilan produk inovasi pelajar dan pendidik yang berkualiti. PNiCC’16 dilaksanakan pada 29 Ogos 2016 di PMJB dan merupakan anjuran PMJB bersama Pejabat Adun Tanjong Puteri. Pertandingan ini telah berjaya menarik sebanyak 40 penyertaan yang melibatkan penyertaan di kalangan pelajar dan warga akademik Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan MRSM.
Sebanyak 28 produk kategori pendidik dipertaruhkan manakala 15 produk inovasi kategori pelajar dipertandingkan. 3 pemenang utama dipilih di setiap kategori dan membawa pulang sijil penghargaan, cederamata dan sumbangan wang tunai. Peserta juga dikurniakan anugerah emas, perak dan gangsa berdasarkan penilaian markah yang telah ditetapkan. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pendidikan Politeknik, iaitu Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad. Juri jemputan yang terlibat daripda UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, SIRIM Bhd cawangan Johor Bahru dan Sekolah Menengah St. Joseph Johor. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini menjadi platform terbaik mengenengahkan idea warga akademik secara umumnya untuk dimajukan.
Berikut adalah senarai pemenang :-
- 1)Kategori A: PENDIDIK
KEPUTUSAN AKHIR
1 | TEMPAT PERTAMA : GAS TURBINE ENGINE SCORM |
INSTITUSI PBS |
2 | TEMPAT KEDUA : S-SNAP |
INSTITUSI PSMZA |
3 | TEMPAT KETIGA : SMART KEEPER |
INSTITUSI POLISAS |
Anugerah Emas
- GAS TURBINE ENGINE SCORM - PBS
- S-SNAP - PSMZA
- SMART KEEPER - POLISAS
- I REPORT - KKPG
- I CISEC - PMJB
Anugerah Perak
- I ATTEND - KKPG
- U EYES - PSA
- PCIS - KKPG
- KOSWER INTERAKTIF - PSP
- AQUA WET DISC – KKBP
Anugerah Gangsa
- EASY CASH - KKJS
- BRAINO - PSA
- SIMUCONSTRUCTION - KKBP
- SPORT EQUIPMENT - PMJ
- VACUUM ANGLE GRINDER - PSA
- 2)Kategori B : PELAJAR
KEPUTUSAN AKHIR
1 | TEMPAT PERTAMA :BAJA ORGANIK |
INSTITUSI KOLEJ VOKASIONAL ERT AZIZAH |
2 | TEMPAT KEDUA : VISTA ANTIMICROBIAL PERFUME |
INSTITUSI MRSM KEPALA BATAS |
3 | TEMPAT KETIGA : TOPI KELEDAR HIBURAN |
INSTITUSI PMJB |
Anugerah Emas
- BAJA ORGANIK
- VISTA ANTIMICROBIAL PERFUME
- TOPI KELEDAR HIBURAN
Anugerah Perak
- MyMB KAYU SERBAGUNA
Anugerah Gangsa
- EASY BARBER BAG
Dari kiri, Tempat Kedua (PSMZA), Tempat Pertama ( PBS) dan Tempat Ketiga (POLISAS)