Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
 
Malaysia merupakan negara yang memiliki kemakmuran dimana rakyatnya berpeluang untuk menikmati pembangunan dan kemajuan setelah merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman damai di bawah semangat 1Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita bukan sahaja perlu maju daripada segi fizikal, tetapi juga maju dari segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi. Sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun 2016 ini bertemakan “Sehati, Sejiwa” memberi pengertian yang mendalam kerana pentingnya memupuk semangat bersatu-padu agar dapat mencapai kemajuan yang diimpikan dalam dekad akan datang.

Di peringkat Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Unit Kebudayaan Politeknik METrO Johor Bahru telah melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 18 Ogos 2016, bermula jam 8.30 pagi di perkarangan tempat letak kereta staf, PMJB.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj Mohd Zan dan diikuti dengan gimik menurunkan Jalur Gemilang sebagai tanda bermulanya pengibaran Jalur Gemilang di PMJB. Selain daripada itu, Majlis Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru PMJB turut diadakan bagi menggantikan MPP lama yang sedang menjalani WBL bagi sesi Jun 2016.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia beberapa aktiviti menarik akan diadakan sepanjang bulan Ogos dan September 2016. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pelancaran bulan kemerdekaan dan kempen kibar Jalur Gemilang, pertandingan Puisi Merdeka dan mencipta Poster Merdeka dan program “Malaysia Bumi Bertuah”.

Diharap aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dalam memupuk semangat cintakan tanahair dan mengeratkan silatulrahim dalam kalangan warga PMJB.

Disediakan oleh: Cik Siti Khadijah Binti Sebli Joney
 
14089296 1270526999656560 17685546471535245 n

Ucapan perasmian oleh Pengarah PMJB, Pn Norah binti Hj Mohd Zan

14051756 1270527686323158 3308048038688347365 n

Warga PMJB yang terdiri daripada para pensyarah dan para pelajar bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu-lagu patriotik.