Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PMJB 2016.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PMJB 2016.

Bagi bersama-sama menghayati sambutan perayaan Aidilfitri, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24hb Julai 2016 iaitu bersamaan hari Ahad. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diadakan bersempena dengan bulan Syawal dan untuk meraikan para pelajar dan staff PMJB.


Majlis ini turut disertai oleh tetamu jemputan dari kalangan industri yang berkerjasama rapat dengan PMJB. Pada majlis ini, para pelajar dibahagikan mengikut kelas dan setiap kelas membawa makanan masing-masing yang bertemakan menu raya. Pelbagai pilihan juadah telah disajikan kepada para tetamu oleh setiap kelas termasuk jugak pensyarah dan staff PMJB.


Pada majlis tersebut juga, sekumpulan pelajar dari ko-kurikulum nasyid semester 3 telah mengadakan persembahan nasyid dan marhaban. Majlis ini jiuga turut disertai oleh para pelajar semester 4, 5 dan 6 bagi program DIB dan DLS yang sedang menjalani Work Based Learning (WBL) di industri.

Disediakan Oleh : Malisa Binti Othman

Gambar Raya PMJB 2016

Staff akademik dan sokongan PMJB bergambar kenangan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Puan Pengarah PMJB, bergambar kenangan bersama dengan Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Akademik dan para pelajar PMJB.

Antara rakan-rakan industri yang hadir memeriahkan lagi program Majlis Sambutan Hari Raya PMJB 2016.

IMG

Para pelajar dari ko-kurikulum nasyid sedang mempersembahkan nyanyian nasyid dan marhaban.