Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Perutusan Pengarah bulan April 2016

Para Pegawai dan Pelajar PMJB yang saya kasihi sekelian. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik dan teratur.

 

assalmualaikum gambar
   

                                                                                               

Alhamdulillah 1 April 2016 PMJB meraikan usianya yang ke 5 tahun. Satu usia yang begitu kecil, muda, rapuh, Satu perjalanan yang masih pendek, jauh dari ufuk barat, satu pelayaran yang masih di hulu, jauh dari muara, satu pendakian masih di kaki gunung, jauh dari puncak.

Namun sejarah membuktikan walaupun dari kejauhan sudah nampak jelas sinar cahaya yang terang, yang di hulu sudah sampai ke tepian, bintang gemerlapan jatuh ke kaki banjaran.

 

 

PMJB 5 TAHUN

Bermula dengan kecil, merangkak dan bertatih. Bermula dengan menumpang, berakhir dengan memiliki bangunan sendiri. Biar kecil, warga yang berjiwa besar seramai 10 orang pensyarah, memimpin PMJB belajar, berjalan dan berlari. Hari demi hari, pemimpin bertukar ganti, bilangan warga PMJB bertambah. Yang senior terus membimbing yang junior, hidup harmoni bagai satu keluarga kecil.

Mengambil kata-kata mantan Pengarah  En Roslee Bin Yahya : kita adalah satu jabatan tetapi memiliki dan diterajui oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan 2 Ketua Jabatan. Maka kita seharusnya lebih kuat, lebih cemerlang dan lebih berkualiti dari yang lain.

Alhamdulillah, sememangnya PMJB sangat berbangga memiliki warga kerja; pensyarah dan kumpulan pelaksana yang memiliki jiwa yang besar. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang sentiasa inginkan kecemerlangan dan menjaga kualiti kerja. Sentiasa berusaha keras demi mencapai kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba membuat kebaikan.

Mengambil kata-kata mantan Pengarah Tn. Hj. Zairon : setiap orang dari kita perlu mengetahui dengan jelas apa yang kita kehendaki. Ada perkara yang boleh dicapai, ada perkara yang tidak. Pegawai tidak perlu takut untuk memberi idea. Kita akan lebih berpuas hati sekiranya kita dapat menguruskan suatu perkara dengan sempurna. Pengawai perlu menjadi seorang usahawan yang berinovasi dan  mereka cipta kerana dalam proses itu kita memerlukan perbincangan dan brainstorming. Pegawai perlu menjadi “pemimpin””bukan ”pengurus”.

 

 

Para Pegawai dan Pelajar PMJB yang saya kasihi sekelian

5 tahun berlalu, kita saksikan banyak kejayaan yang telah dicapai. Audit demi audit datang dan pergi.

  • Dari Audit Negara ke Audit ISO hanya menambah koleksi kejayaan kita.
  • NoU dan Focus Group menambah bilangan kolaborasi.
  • Inovasi dan Penyelidikan menambah pingat terkalung di dada PMJB.
  • Kejohanan Golf Amal menambah data di barisan kabinet.
  • Dari Tanah Merah, Kelantan ke Pekan, Pahang cerminan keperihatinan.
  • Dari Tasik Royal Belum ke Cameron Hinghlands menambah ilmu kecemerlangan.
  • Dari Acheh ke Batam menambah rakan institusi.
  • Dari meja catur ke Warehouse Abad 21 menambah juara anak-anak,
  • PolyKasih Industri dan Komuniti merancakkan lagi lengguk tarian kita.

Apa lagi yang kurang? Apa lagi yang tidak ada pada kita. Seharusnya kita bersyukur berada di sebuah institusi yang sentiasa menjaga kecemerlangan dan kualiti.

 

Warga PMJB yang saya hormati,

Bersyukurlah. Kita mencapai KPI terbilang, PTJ cemerlang, eSPKB 5 bintang, juara Rekacipta Warehouse dan kilauan emas di iCompex 2016. Itu indikator jelas. Kesungguhan tuan puan akan membuahkan hasil yang sungguh-sungguh nyata. 5 tahun yang bukan sia-sia.

Saya sedar deretan anugerah mencerminkan timbunan pengorbanan. Namun kekuatan tidak datang semata-mata dari kemampuan fizikal tetapi dari semangat yang tidak pernah mengalah. Sekecil mana kita, pasti ada ruang untuk berdiri teguh melawan arus dan gelombang.  

Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah sedar akan pentingnya memiliki jiwa yang besar. Kita tidak mampu membina istana hadiah Nabi Sulaiman kepada Puteri Balqis. Pun bukan membina Taj Mahal yang menyaksikan kecintaan sang suami kepada isterinya yang membawa kematian  arkitek Ustaz Ahmad Lauhari.

Memiliki jiwa yang besar  tidak akan berubah karakternya hanya kerana berdepan dengan masalah. Jiwa yang besar menggambarkan kematangan pemikiran yang dewasa. Kedewasaan pastinya akan membentuk persepsi yang dewasa pula, dan akan mempengaruhi tingkah laku yang dapat diperlihat.

Justeru itu setiap dari kita perlu membina jiwa besar yang sedar tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul.  Setiap hari kita perlu membina jiwa dewasa yang matang. Kerana kematangan itu menjadi teras dalam membuat keputusan.

Kematangan dapat mengawal diri dari kecelaruan perasaan. Sejarah mengajar kita erti kehidupan. Tidak mangkat Sultan Mahmud di julang jika jiwa amarah dapat dibendung.

Dewasa adalah diam aktif, tak banyak bicara, tak banyak mengeluh tapi menyelesaikan permasalahan dengan bijaksana. Dewasa juga bererti mempunyai empati, sentiasa meluangkan jiwa untuk memikirkan dan memahami perasaan orang lain. Dewasa adalah sentiasa berhati-hati dalam memberi pendapat, menentukan sikap, menggunakan waktu dan membelanjakan harta . Dewasa adalah sabar, sehingga ia boleh mengendalikan jiwanya dari ledakan emosi dan menenangkan hatinya dari kemarahan tiada berguna. Dewasa adalah bertanggungjawab akan kehidupan yang diharungi.

Dalam pada kita meraikan kejayaan, jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah utama : anak-anak didik DIB dan DLS. Anak ini perlu disayangi, dijaga, dipimpin, diberi tunjuk ajar dan dibentuk menjadi anak impian kita. MOST WANTED GRADUATES. Impian industry, impian majikan. Anak yang berjiwa besar, menjadi usahawan membantu orang lain.

 

Miliki ciri-ciri ini :

1. Kebolehan bekerja dalam struktur berkumpulan

2. Kebolehan membuat keputusan dan menyelesai masalah.

3. Kebolehan berkomunikasi secara verbal dengan orang luar dan dalam organisasi.

4. Kebolehan merancang, mengelola dan memilih keutamaan.

5. Kebolehan mendapat dan memproses maklumat.

6. Kebolehan  menganalisa data.

7. Memiliki pengetahuan teknikal

8. Kecekapan menggunakan software.

9. Kebolehan mencipta dan membina laporan

10. Kebolehan mempengaruhi orang lain.

Mari kita mengumpul seupaya tenaga, bekerja bersungguh-sungguh, ikhlas, bertanggungjawab agar hasrat untuk menjadikan anak didik kita Most Wanted Graduates akan menjadi kenyataan.

Akhir kata, hiduplah kita dengan membahagiakan orang lain kerana sebahagian dari kebahagian itu milik kita juga.

 

 

Norah Binti Hj. Mohd.Zan

PENGARAH

Politeknik METrO Johor Bahru

19 April 2016